Polis tahan lelaki buat ugutan terhadap Menteri Pendidikan

November 4, 2023 · Politik

Polis bertindak menahan seorang individu ekoran kenyataan berbaur ugutan jenayah terhadap Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

Penahanan lelaki tersebut disahkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pemilik akaun di aplikasi X berusia 28 tahun itu ditahan di Setapak semalam kerana mengeluarkan kenyataan terhadap Fadhlina.

“Permohonan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah ke atas lelaki itu dibenarkan selama tiga hari.

“Setakat ini, empat laporan polis diterima berhubung isu sama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Shuhaily berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Katanya, kes masih di peringkat siasatan dan polis menasihati orang ramai supaya tidak membuat spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.

Orang ramai turut diingatkan supaya cakna dan prihatin terhadap isu sensitif terutama membabitkan keselamatan serta kegentaran awam ketika menggunakan media sosial.

Berita berkaitan
Kes empat beradik ditinggalkan, dua individu ditahan dipercaya ibu bapa
November 29, 2023· Isu semasa
Dadah bernilai RM5.43 juta dilupus Polis Johor
November 27, 2023· Isu semasa
Bayi lelaki ditemui tepi longkang dalam longkang ditinggalkan
November 26, 2023· Isu semasa
Warga Nepal cuba larikan kanak-kanak perempuan ditahan polis
November 26, 2023· Isu semasa
Popular
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023
Wahab sudah sahkan identiti ‘Mr H’ didakwa dalang rakaman tular
November 29, 2023
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023
Identiti ‘Mr H’ rahsia dan tidak akan didedah, kata KPN
November 30, 2023
Lagi Politik terkini
Identiti ‘Mr H’ rahsia dan tidak akan didedah, kata KPN
5 jam lalu · Politik
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023 · Politik
Wahab sudah sahkan identiti ‘Mr H’ didakwa dalang rakaman tular
November 29, 2023 · Politik
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
November 29, 2023 · Politik
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] ‘Permainan’ pegawai politik punca kerajaan 22 bulan tumbang
2 jam lalu
[VIDEO] Belanjawan 2024 paling pantas diluluskan DUN Kedah, kata Sanusi
3 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok