Iktibar banjir di Selangor dan kemarahan rakyat

December 26, 2021 · Isu semasa

Selalunya, Malaysia akan bersedia untuk menghadapi musim banjir di kawasan Pantai Timur disebabkan oleh monsun yang biasanya berlaku pada waktu ini setiap tahun.

Tetapi, apa yang tidak begitu dijangka pada kali ini adalah kejadian banjir besar yang telah melanda Lembah Klang, akibat dari fenomena seperti tekanan rendah tropika di rantau ini dan kesan-kesan taufan besar Rai yang telah melanda Filipina.

Bencana banjir besar menenggelamkan banyak rumah, menumbangkan pokok dan tiang elektrik serta menyebabkan puluhan pengguna jalan raya terkandas di tengah jalan termasuk sesetengah mereka terpaksa memanjat dan duduk di atas bumbung kereta.

Situasi itu turut memperlihatkan Jabatan Meteorologi Malaysia gagal memberi amaran mencukupi kepada semua penduduk.

Menurut Pensyarah Kanan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Melaka,  Shafezah Abdul Wahab, keadaan itu diburukkan lagi dengan usaha oleh kerajaan serta pasukan penyelamat yang tidak menyelaras dengan betul bagi membantu mereka yang terkesan.

“Tidak kisah jika taburan hujan ini adalah luar biasa kerana yang penting adalah sepantas mana kerajaan bertindak untuk memberikan bantuan dan pertolongan kepada rakyat secara lebih efektif.

“Kerajaan perlu segera membuat penyelarasan dan pembahagian tugasan daripada melakukan tinjauan atau pelancaran misi bantuan,” katanya.

Tambah beliau, isu tersebut masih belum selesai.  Dalam pada itu, rakyat tidak menyalahkan anggota bawahan atas kelewatan pergerakan mereka di kawasan bencana, sebaliknya mempersoalkan tindakan kerajaan yang lewat bertindak.

“Keadaan buruk terutama di Selangor adalah sesuatu yang dijangka dan penduduk sepatutnya telah diberi amaran lebih awal agar bersedia menghadapi banjir.

“Amaran awal dan arahan bersedia adalah penting terutama di Selangor kerana ramai penduduknya tidak biasa menghadapi banjir besar. Shah Alam adalah antara lokasi paling teruk terjejas.

“Ramai mangsa terpaksa memanjat bumbung rumah dan menunggu sehingga lebih sehari untuk diselamatkan,” ujarnya.

Shafezah menambah, penduduk di Taman Sri Muda juga sudah mengetahui bahawa kawasan mereka mudah dinaiki air tetapi mereka tidak diberikan amaran dengan betul.

“Untuk mengatakan bahawa perkara itu tidak dijangka adalah tidak benar.

“Sekiranya pihak berkuasa memberikan amaran secukupnya, orang ramai akan dapat membuat persediaan sedikit sebanyak. Orang di Selangor tidak biasa berdepan dengan bencana banjir besar,” katanya.

Selain itu, Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) dan kerajaan negeri juga patut berhubung dengan orang ramai bagi memastikan persiapan dibuat. Ia adalah bencana alam.

Dalam pada itu, beliau menambah, Malaysia perlu berasa bimbang mengenai perubahan iklim yang akan membawa lebih banyak hujan.

“Persiapan termasuk menyediakan sistem perparitan lebih baik mampu mengurangkan kadar air banjir kerana negara kita adalah negara yang menghadapi lebihan air.

“Keadaan tidak terkawal yang berlaku ketika banjir ini adalah kerana tiada penyelarasan dan kawalan yang baik oleh kerajaan serta pihak berkuasa,” ujarnya.

Jelas beliau, keadaan seperti itu tidak seharusnya berlaku kerana negara mempunyai banyak agensi dan aset untuk mengurus bencana.

“Ia adalah bencana banjir besar yang menyebabkan kemusnahan. Amat sedih melihat apa yang berlaku. Kita ada Nadma, kita ada pelbagai aset tetapi apa yang tidak ada adalah kepimpinan.

“Diharap menteri dan wakil rakyat tidak cuba lepas tangan atau berdolak-dalik dalam menangani krisis ini. Rakyat marah kerana mereka sedang sengsara. Jika tersalah atau terlewat, minta maaf dan perbaiki serta teruskan kerja. Rakyat tak mahu dengar alasan lagi,” ujarnya.

Berita berkaitan
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024· Politik
278 mangsa banjir di tiga negeri masih ditempatkan di PPS
January 17, 2024· Isu semasa
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Helikopter terhempas di Bidor, juruterbang terbunuh: Polis
September 12, 2022
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok