Ibu dan 8 anak antara 10 maut treler rempuh dua kereta

December 18, 2021 · Isu semasa

Sepuluh penumpang dan pemandu kereta, termasuk ibu dan lapan anaknya maut dalam nahas ngeri membabitkan dua kereta dirempuh sebuah treler di lorong kecemasan di Kilometer 8.3 Lebuhraya Elite menghala Shah Alam, malam tadi.

Mangsa yang meninggal dunia adalah Norul Naziah Buyong, 37, dan lapan anaknya berusia antara 10 bulan hingga 16 tahun dilaporkan menaiki Proton Wira dipandu suaminya Abdul Razak Majit, yang cedera ringan.

Lapan anak Abdul Razak yang maut dalam kemalangan itu adalah Muhamad Raid Fathi, 10 bulan; Puteri Nur Ain Syalwana, 3; Muhamad Hidayat Hakimie, 7; Muhamad Rolkaizat Rezky, 9; Muhamad Aizat Shazwan, 10; Razatul Aliah, 16; dan Muhamad Razarul Amin, 17.

Seorang lagi mangsa yang maut adalah seorang mekanik, Muhamad Rahimi Rolex, 27, yang mana ketika kejadian memandu kereta jenis Proton Wira, datang untuk membantu menghidupkan bateri kereta dipandu Abdul Razak.

Selain dua kereta Proton Wira, sebuah lagi kereta jenis Perodua Axia turut berada di lokasi kejadian juga untuk membantu kereta dipandu Abdul Razak.

Jurucakap Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, berkata semasa kejadian keadaan permukaan jalan lebuh raya tiga lorong sehala menghala ke Shah Alam licin akibat hujan lebat.

“Sebuah lori yang datang dari arah belakang secara tiba-tiba gagal dikawal dan merempuh tiga kereta berkenaan yang sedang berhenti di lorong kecemasan.

“Pada masa sama lori berkenaan menyeret kereta Abdul Razak ke kanan lebuh raya sehingga menyebabkan sembilan ahli keluarganya dan Muhamad Rahimi maut ditempat kejadian,” katanya.

Anggota bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit setelah sebuah treler merempuh dua kereta yang berhenti di lorong kecemasan di Kilometer 8.3 Lebuhraya Elite menghala Shah Alam, malam tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Norazam Khamis berkata, sepasukan 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya dan BBP Puchong dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan jam 11.42 malam tadi untuk operasi menyelamat.

“Nahas berkenaan melibatkan 17 mangsa yang 10 daripadanya disahkan meninggal dunia. Mangsa yang maut adalah seorang lelaki dan seorang wanita manakala lapan lagi membabitkan lima kanak-kanak lelaki dan tiga kanak-kanak perempuan,” katanya dalam kenyataan pagi ini.

Seorang mangsa yang cedera parah serta dua cedera ringan dihantar ke Hospital Shah Alam, untuk rawatan.

Hasil ujian air kencing dan ujian pengambilan alkohol juga mendapati pemandu treler terbabit bebas dari dadah dan alkohol.

“Mangsa yang cedera, termasuk Mimie Nafiesa Abdullah, 19; Ihyat Sufi Shokip serta Ummi Nasuha Annuwar masing-masing berusia 20 tahun,” katanya.

Kesemua mayat dibawa ke Hospital Shah Alam untuk bedah siasat.

Beliau berkata individu yang menaiki treler tidak mengalami sebarang kecederaan dikenali sebagai Mohd Khairol Kamal Abdullah, 45; serta dua anaknya Haiqal Haziq, 19; dan Hafiey Hamziey, 14.

Berita berkaitan
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024· Isu semasa
Kemalangan treler: Pekerja Pos Malaysia dan Mahkamah Ampang dikenal pasti maut
September 20, 2023· Isu semasa
Laporan awal nahas Elmina: Objek asing tidak ditemui di komponen enjin
September 15, 2023· Isu semasa
Nahas di Elmina: Polis rakam percakapan 10 individu saksi
August 26, 2023· Isu semasa
Popular
Harga roti Gardenia naik 1 Disember
November 25, 2021
Radzi arah KSU lapor SPRM dakwaan Zaharin
October 17, 2022
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok