Hina mahkamah: Maria Chin dipenjara tujuh hari

April 25, 2022 · Isu semasa

Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan menjatuhkan hukuman penjara tujuh hari terhadap Ahli Parlimen Petaling Jaya Maria Chin Abdullah kerana didapati menghina mahkamah.

Ahli Parlimen PKR itu dikenakan tindakan berkenaan kerana menghina keputusan mahkamah berhubung hukuman penjara terhadap bekas isteri ahli perniagaan, Datuk SM Faisal SM Nasimuddin, Emilia Hanafi.

Memetik laporan media tempatan hari ini, Hakim Syarie Mohamed Fouzi Mokhtar memutuskan hukuman penjara itu bermula hari ini selepas meneliti dan mendengar hujah daripada kedua-dua pihak.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan hukuman ditangguhkan sementara rayuan dibuat. Maria Chin, 66, tidak hadir di mahkamah kerana sebelum ini disahkan positif Covid-19.

Pada September 2019, peguam SM Faisal membawa kes itu ke Mahkamah Syariah untuk memulakan prosiding penghinaan.

Emilia, 42, dijatuhkan hukuman itu oleh Mahkamah Syariah kerana menjadualkan semula tarikh lawatan untuk anak-anaknya bersama bapa mereka.

Emilia dibebaskan dengan ikat jamin RM5,000 sementara menunggu rayuan.

Hukuman dijatuhkan terhadap Emilia itu menyebabkan Maria pada 5 September 2019 mengeluarkan kenyataan wanita Islam masih didiskriminasi di bawah sistem undang-undang syariah Malaysia, yang disiarkan sebuah portal.

Berita berkaitan
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024· Isu semasa
Kes rogol dan bunuh kekasih, bekas pengawal keselamatan terlepas hukuman mati
December 15, 2023· Isu semasa
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023· Isu semasa
Ini bukan keputusan yang mudah ditelan, kata Syed Saddiq
November 9, 2023· Politik
Popular
Dr. Sheikh Muszaphar kongsi cara didik anak
October 5, 2021
Usahawan PMKS, pekerja sokong syor Muhyiddin mudahkan bantuan
October 23, 2022
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Tak penting pendapat orang, kata Nazri selepas dilantik duta AS
February 10, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok