Hijrah Diri Jakim bantu LGBT kena serang, dikeluarkan dari Google Play

March 18, 2022 · Isu semasa

Keputusan Google Play Store mengeluarkan aplikasi Hijrah Diri, bertujuan mengajak golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dalam kalangan umat Islam supaya kembali kepada fitrah diri, daripada senarai yang boleh dimuat turun adalah amat mendukacitakan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Idris Ahmad berkata perkara itu tidak sepatutnya berlaku kerana terdapat banyak lagi aplikasi yang mendorong kepada maksiat masih berleluasa.

“Saya telah dimaklumkan oleh pihak agensi di mana sebuah aplikasi yang telah dibangunkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) iaitu Hijrah Diri, sebuah aplikasi untuk mengajak golongan LGBT kembali kepada fitrah diri, telah dikeluarkan oleh Google Play.

“Ternyata ini adalah perkara yang sangat mendukacitakan apabila sebuah aplikasi untuk menarik manusia kembali kepada fitrah diri mereka, apatah lagi menjelang Ramadan, telah dinafikan oleh golongan tertentu, sedangkan banyak lagi aplikasi yang mendorong kepada maksiat telah berleluasa dengan megah di peranti-peranti, yang kian merosak jiwa umat Islam dan anak muda kini,” katanya semalam.

Idris berkata beliau telah mengarahkan Jakim untuk berhubung dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk penjelasan dan tindakan lanjut.

Beliau memohon doa umat Islam dan rakyat Malaysia, agar usaha Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) melalui agensi utamanya Jakim untuk mengajak manusia kembali kepada Allah SWT dipermudahkan.

“Ini cabaran besar kita, dan mari kita tempuh bersama. Kepada Allah kita berserah setelah segala keringat kita baktikan untuk agama,” katanya.

Aplikasi Hijrah Diri adalah hasil inisiatif Jakim bersama Yayasan Ihtimam Malaysia diwujudkan bertujuan membantu golongan LGBT kembali kepada fitrah.

Bagaimanapun, aplikasi itu dilapor menerima serangan siber yang dipercayai dilakukan pihak yang menyokong LGBT.

Hijrah Diri yang baru dilancarkan pada 9 Mac lalu mengandungi wirid al-ma’thurat, doa dan zikir terpilih yang warid daripada Nabi Muhammad SAW serta kertas kerja berkaitan isu LGBT menurut perspektif Islam serta tazkirah dalam bentuk audio.

Menurut laporan The Guardian, Google mengesahkan aplikasi “Hijrah Diri” melanggar garis panduan platformnya.

“Apabila kami diberikan amaran berhubung sesuatu aplikasi, kami menyiasat perkara itu berdasarkan dasar Play Store kami. Jika berlaku pelanggaran, kami mengambil tindakan sewajarnya untuk mengekalkan pengalaman dipercayai untuk semua,” kata Google dipetik akhbar UK itu.

Berita berkaitan
Video tular J-KOM satu aib untuk kerajaan, kata MP Pasir MAS
November 22, 2023· Politik
Konsert Cold Play: Shahidan harap adegan cium sesama lelaki tak berulang
November 22, 2023· Politik
Kerajaan kekal pendiriian tolak LGBT, kata menteri
October 18, 2023· Isu semasa
Kenapa tak tangkap kumpulan buat adegan cium sejenis? soal Hamzah
July 24, 2023· Politik
Popular
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024
Anwar bidas PM berhubung kelonggaran kepada pemimpin UMNO di Melaka
November 1, 2021
Ketua Pengarah KPPA sah ditamatkan khidmat, kata Zuki
December 13, 2022
47 kematian, kes aktif naik semula
November 24, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
17 jam lalu · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok