Kenapa tak tangkap kumpulan buat adegan cium sejenis? soal Hamzah

July 24, 2023 · Politik

Kerajaan campuran dibidas kerana mengamalkan sikap berat sebelah dalam mengambil tindakan tegas terhadap pemimpin pembangkang tetapi tidak dalam isu melibatkan maruah negara, kata Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Ketua Pembangkang mempersoalkan tindakan kerajaan campuran yang menangkap Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor jam tiga pagi tetapi tidak pula menangkap kumpulan muzik yang membuat adegan bercium sama jenis jantina baru-baru ini.

“Saudara saya, Sanusi buat salah sikit pukul 3 pagi (kena) tangkap.

“Kumpulan (The 1975) ini saya tidak tahu bila polis dah tangkap. Buat macam-macam kesalahan. Tak tangkap pun.

“Inilah kerajaan yang ada, kerajaan double standard. Sebab tu kita tidak mahu kerajaan ini wujud lagi,” katanya semasa berceramah di Tanjung Karang malam tadi.

Hamzah mempersoalkan layanan yang berbeza diberikan kepada pihak asing yang menghina negara secara terbuka dan membuat adegan luar tabii semasa persembahan baru-baru ini.

Terdahulu, tular adegan songsang semasa persembahan kumpulan The 1975 Matty Healy di Sepang pada Jumaat lalu yang memperlekehkan undang-undang Malaysia berkaitan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT).

Ahli kumpulan tersebut membuat adegan bercium sesama jenis (lelaki dengan lelaki) atas pentas.

Kumpulan itu turut dilihat minum dari botol yang dipercayai berisi minuman beralkohol serta didakwa meludah dan merosakkan kamera dron pihak penganjur.

Hamzah, yang adalah bekas Menteri Dalam Negeri, berkata tidak pernah membenarkan kumpulan kontroversi seperti 1975 masuk ke Malaysia semasa berkuasa.

Kerajaan, tambahnya, sepatutnya menolak permohonan kumpulan itu sejak awal lagi.

Berita berkaitan
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024· Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Popular
PAS faham dan jaga semua kaum: Muhyiddin
March 5, 2022
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok