Hati-hati rentas negeri semasa bercuti, elak gelombang Disember

December 8, 2021 · Isu semasa

Masyarakat perlu bijak melindungi diri dan keluarga, malah disaran supaya sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) mencegah Covid-19, terutama selepas rentas negeri sejak Oktober lalu.

Pakar Perundingan Kecemasan dan Trauma Hospital Kuala Lumpur, Datuk Dr Alzamani Mohammad Idrose berkata, masih terdapat risiko masyarakat membawa pulang virus Covid-19 tanpa disedari dan sifat berhati-hati perlu sentiasa diterapkan.

Katanya, individu yang lengkap vaksinasi masih boleh dijangkiti Covid-19 walaupun terlindung daripada menerima kesan kritikal dan boleh juga menjadi pembawa virus.

“Justeru pemakaian pelitup muka dan penjarakan sosial masih tetap relevan.

“Kita tidak dapat tidak, akan hidup bersama Covid-19, maka harus bijak melindungi diri dan keluarga. Berpada-padalah dengan kebebasan yang ada,” katanya.

Mengulas lanjut, Dr Alzamani berkata, peluang rentas negeri yang diberikan itu perlu digunakan sebaiknya untuk menziarahi ibu bapa secara selamat dan setiap individu perlu memastikan SOP dipatuhi serta tidak mengambil sikap sambil lewa.

“Seperti yang sering disarankan, elakkan daripada menganjurkan majlis keramaian terutamanya dalam tempat tertutup.

“Kita perlu melihat trend jangkitan dalam tempoh satu hingga dua bulan ini. Saya jangkakan ia akan meningkat dan harapnya vaksin dapat memberi perlindungan,” katanya.

Dalam pada itu, Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) melahirkan kebimbangan berhubung tanda-tanda peningkatan semula kes Covid-19.

Presiden MMA, Koh Kar Chai berkata demikian susulan indikator kadar kebolehjangkitan Covid-19 (R-Naught) di Malaysia meningkat kepada angka 1.0.

“MMA mengingatkan orang ramai supaya tidak leka dengan wabak semasa. Jangan terpengaruh dengan berita yang mengatakan Malaysia sedang memasuki fasa endemik dan tidak berjaga-jaga.

“Jumlah kes positif Covid-19 harian kita sudah cukup teruk dan sudah mula meningkat semula dengan kadar jangkitan Covid-19 telah mencecah 1.0 yang sememangnya membimbangkan,” ujarnya.

Kar Chai turut melahirkan kebimbangan berhubung kadar penggunaan katil di Unit Rawatan Rapi (ICU) bagi pesakit Covid-19 di Terengganu yang telah mencapai 84 peratus setakat ini.

“Kami melihat ramai yang melakukan kerja harian mereka melupakan keperluan memakai pelitup muka dengan betul dan mengekalkan jarak fizikal,” katanya.

Koh menegaskan selain vaksin Covid-19, pelitup muka dan penjarakan fizikal masih diperlukan untuk memerangi wabak Covid-19.

“Kehilangan nyawa masih boleh dilihat dan bagi mereka yang bernasib baik setelah pulih, ramai yang memerlukan rawatan perubatan dan pemulihan jangka panjang selepas menderita akibat virus itu.

“Bagi sesetengah orang yang pulih dari Long Covid, mereka menghadapi tekanan dan hilang rasa keinginan untuk hidup.

“Penderitaan pesakit yang terselamat akibat kegagalan organ dalaman adalah sesuatu yang menyedihkan dan perlu dilihat oleh mereka yang percaya bahawa Covid-19 cerita yang direka-reka,” katanya.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Radzi arah KSU lapor SPRM dakwaan Zaharin
October 17, 2022
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok