Haji musim 2022: Keutamaan kepada pemohon tersenarai pada 2020, 2021

April 21, 2022 · Isu semasa

Lembaga Tabung Haji (TH) akan memberi keutamaan kepada bakal haji yang tersenarai menunaikan ibadat itu pada 2020, diikuti 2021 serta seterusnya, berdasarkan sistem pendaftaran berasaskan prinsip sebelum ini dalam memenuhi kuota jemaah yang diterima tahun ini.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Seri Amrin Awaluddin berkata pihaknya sudah memulakan persiapan awal dengan mengambil kira pelbagai kemungkinan prosedur operasi standard (SOP) dan protokol kesihatan serta amalan norma baharu dalam pengendalian operasi haji tahun ini, sama ada di tanah air mahu pun di Tanah Suci.

“Kuota haji ditetapkan Kerajaan Arab Saudi sebelum ini adalah 0.1 peratus dari jumlah penduduk negara. Pada tahun 2019, kuota haji Malaysia adalah 31,600 orang.

“Namun pada tahun ini ibadat haji hanya dibenarkan untuk 1 juta jemaah sahaja mengambil kira kriteria penjagaan kesihatan, berbanding sekitar 2.5 juta jemaah pada tahun 2019,” katanya.

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad mengumumkan kuota haji Malaysia tahun 2022 yang diberikan Arab Saudi adalah 14,306 iaitu 45 peratus daripada kuota tahunan yang biasa diterima

Arab Saudi menetapkan kuota haji seramai satu juta jemaah bagi musim 2022 yang mana 85 peratus daripadanya untuk jemaah luar. Jumlah sejuta jemaah itu adalah 45 peratus daripada 2.5 juta orang pada 2019.

Idris berkata, kuota sebanyak 14,306 jemaah itu ialah penurunan daripada seramai 31,600 jemaah haji Malaysia yang dibenarkan untuk menunaikan Rukun Islam kelima itu, pada 2019.

Dua syarat yang ditetapkan ialah sudah divaksinasi dengan vaksin COVID-19 yang diiktiraf Kementerian Kesihatan Arab Saudi dan melakukan saringan COVID-19 72 jam sebelum berlepas.

Mengulas lanjut, Amrin berkata, TH telah memulakan persiapan awal dengan mengambil kira pelbagai kemungkinan prosedur operasi standard (SOP) dan protokol kesihatan serta amalan norma baharu dalam pengendalian operasi haji sama ada di tanah air atau di tanah suci.

“TH akan mengutamakan bakal haji yang giliran tunai haji mereka pada tahun 2020, diikuti giliran tunai haji pada tahun 2021 dan seterusnya 2022. Ini berdasarkan sistem pendaftaran haji berdasarkan prinsip yang dahulu didahulukan manakala rayuan haji melalui platfrom dalam talian THiJARI juga telah dibuka dengan keutamaan diberikan kepada rayuan mahram.

“TH ingin menasihatkan bakal jemaah supaya bersedia dengan dokumen-dokumen berkaitan termasuk sijil vaksinasi Covid-19 yang lengkap dan pasport antarabangsa,” katanya.

Berita berkaitan
Kos tunai haji dijangka naik 11 peratus tahun depan: TH
October 2, 2023· Isu semasa
Ahli PN dihalau, dilarang solat di masjid N.Sembilan
July 21, 2023· Politik
MCA minta DAP bertaubat secara ikhlas, gesa tarik balik semua tuntutan
July 10, 2023· Politik
Pemuda MCA tak setuju dengan pendirian PM dalam isu kuota bumiputera
July 9, 2023· Politik
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Radzi arah KSU lapor SPRM dakwaan Zaharin
October 17, 2022
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok