Pemuda MCA tak setuju dengan pendirian PM dalam isu kuota bumiputera

July 9, 2023 · Politik

Keputusan Perdana Menteri (pmx) Datuk Seri Anwar Ibrahim Mempertahankan sistem kuota pelajar bumiputera dalam pendidikan dibantah Pemuda MCA.

Ketuanya, Nicole Wong Siaw Ting berkata keputusan dibuat PMX itu adalah langkah mundur yang menyebabkan masyarakat Cina berasa “tertipu”.

“Walaupun MCA adalah sebahagian daripada kerajaan perpaduan, kita sama sekali tidak boleh bersetuju dengan kenyataan Anwar.

“Kenyataan ini membuatkan rakyat Malaysia berasa seperti kita telah mundur ke tahun 1960-an dan 70-an dan menenggelamkan semua kemajuan yang telah kita capai,” katanya dalam hantaran di akaun Facebook.

Jelasnya, langkah itu menjadi punca universiti-universiti di Malaysia tidak dapat meningkatkan kedudukannya di peringkat global disebabkan sistem kuota berkenaan.

Semalam, Anwar berkata sistem kuota pelajar bumiputera akan dikekalkan bagi mengimbangi jumlah pelajar daripada kaum itu di institusi pengajian tinggi (IPT).

Menjawab soalan pelajar berhubung sistem kuota dan meritokrasi dalam sistem pendidikan negara semasa program “Temu Anwar” di Kedah, perdana menteri berkata jika sistem kuota itu tidak dikekalkan, ia boleh menyebabkan ketidakseimbangan dalam jumlah pelajar Melayu dan bukan bumiputera.

Anwar berkata walaupun sistem itu dikekalkan, ia tidak bermakna sistem meritokrasi dimatikan, dan jika ada pelajar dari kalangan anak-anak bukan Melayu dan bumiputera yang cemerlang, kerajaan perlu mencari kaedah untuk memberikan mereka peluang dan tidak disisihkan.

Tegasnya, sekiranya kerajaan mengambil tindakan mengenepikan dasar kuota, ia akan menimbulkan ketegangan dan dijadikan isu politik oleh pihak tertentu.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024· Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Popular
Itu bukan pandangan DAP, kata Anwar ulas kenyataan kontroversi Ramasamy
February 11, 2023
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok