Ahli PN dihalau, dilarang solat di masjid N.Sembilan

July 21, 2023 · Politik

Susulan dihalau dan dilarang menunaikan solat di Masjid at-Taufiqiah Taman Pinggiran Senawang, Negeri Sembilan 16 Julai lalu, Perikatan Nasional (PN) menghantar aduan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan.

Difahamkan insiden itu turut tular di media sosial apabila klip video kejadian itu dimuat naik, lapor MalaysiaNow.

Menurut laporan itu, individu yang memakai baju parti itu dimarahi pengerusi masjid berkenaan menerusi pembesar suara.

Dakwa mereka, pengerusi masjid tersebut tidak membenarkan mana-mana jemaah yang memakai pakaian dengan logo parti politik untuk solat berjemaah dalam masjid sebelum dihalau.

Ketua PN Rembau, Nazree Yunus yang mengesahkan kejadian itu memberitahu kesemua individu terlibat yang mahu menumpang solat di masjid itu memakai pakaian dengan logo parti kerana menghadiri program pelancaran jentera di taman tersebut.

“Mereka memakai baju (dengan logo) kerana ada program pelancaran jentera PN dalam taman berkenaan.

“Maka ada anak-anak muda ingin menumpang solat di masjid,” katanya.

Dalam aduan itu antara lain menyatakan jemaah yang memakai baju PN tidak berniat untuk berkempen atau berpolitik dalam masjid, selain menggesa jabatan agama mengambil tindakan sewajarnya.

Menurut Nazree, satu laporan polis juga dibuat berhubung kejadian tersebut.

Masjid tersebut sebelum ini terpalit dengan kontroversi apabila kerajaan negeri membatalkan pelantikan pengerusi, setiausaha dan bendahari masjid meskipun sudah lulus dalam temu duga yang diadakan.

Masjid lain yang terlibat dalam kontroversi itu ialah Masjid Ar-Raudhah Kariah Taman Rasa Sayang dan Masjid Bandar Baru Senawang.

MalaysiaNow sedang berhubung dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan untuk maklum balas berkenaan isu ini.

Berita berkaitan
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024· Politik
Kerusi DUN Suka Menanti kekal milik PN, calon PH diarah bayar RM15,000
October 18, 2023· Politik
MP Perikatan Nasional gesa kerajaan pertimbang pengeluaran KWSP bersasar
October 12, 2023· Politik
Kos tunai haji dijangka naik 11 peratus tahun depan: TH
October 2, 2023· Isu semasa
Popular
Shafie persoal kenapa Anwar selepas dibebaskan boleh bertanding pilihan raya pula
November 1, 2022
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024
Mat Sabu sudah tak tahan dikecam selepas bersama UMNO: Tuan Ibrahim
May 10, 2023
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok