Shafie persoal kenapa Anwar selepas dibebaskan boleh bertanding pilihan raya pula

November 1, 2022 · Politik

Kebenaran diberikan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding dalam pilihan raya dipersoalkan Presiden Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal.

Shafie berkata kebiasaannya apabila seseorang itu dibebaskan daripada penjara, terdapat syarat-syarat yang tidak membenarkan mana-mana individu untuk terus bertanding dalam pilihan raya tetapi mempersoalkan mengapa Presiden PKR itu mendapat pengecualian pula.

“Lepas kita menang tak sampai berapa bulan, Mahathir (Tun Dr Mahathir Mohamad) minta dia (Anwar) dikeluarkan daripada penjara – pengampunan penuh dan boleh bertanding di Parlimen Port Dickson.

“Biasanya orang (yang dipenjarakan) ada syarat-syaratnya…(antaranya) tak boleh tanding di Parlimen (untuk tempoh tertentu). Tapi pengecualian diberikan kepada Anwar, dibenarkan bertanding di Port Dickson,” katanya dipetik laporan Malaysiakini dalam satu program malam tadi.

Untuk rekod, Anwar diberikan pengampunan diraja pada 16 Mei 2018, iaitu seminggu selepas tumbangnya Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Lima bulan kemudian, iaitu pada 13 Oktober, dia menang PRK Port Dickson selepas ahli parlimen kawasan itu, Danyal Balagopal Abdullah meletakkan jawatan untuk memberi laluan kepada pesiden PKR itu.

Shafie juga membidas gabungan pembangkang, Pakatan Harapan (PH) sebagai gagal membawa pembaharuan kepada rakyat Malaysia.

“Kita berjaya kalahkan BN dengan harapan akan ada satu pembaharuan, tapi tak ada reform. Dari BN kepada PH ingatkan ada harapan, rupanya tak ada harapan,” katanya lagi.

Menurutnya lagi, selepas pembebasan Anwar nampaknya PH gagal mengutamakan kepentingan rakyat sebaliknya bergaduh dan berebut jawatan Perdana Menteri.

“Bukan gaduh (tentang) kepentingan rakyat tapi gaduh siapa Perdana Menteri, siapa ketua. Pemimpin di negara ini didorong oleh ketamakan kuasa,” katanya lagi.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Main naratif judi, Anwar dan Zahid berharap dapat tipu rakyat lagi?
44 minit lalu· Politik
Tuduh terima dana judi, PAS bidas Anwar berhenti tabur fitnah seperti UMNO
7 jam lalu· Politik
Media Indonesia perlekeh ‘reformasi’ dicanang Anwar selepas lantik kluster mahkamah
11 jam lalu· Politik
Dulu kritik PM jadi Menteri Kewangan, sekarang Rafizi kata boleh pula
20 jam lalu· Politik
Popular
Media Indonesia perlekeh ‘reformasi’ dicanang Anwar selepas lantik kluster mahkamah
December 5, 2022
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
December 5, 2022
UMNO tangguh PAU 2022, tak sempat hantar kad jemputan kepada DAP?
December 6, 2022
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
December 5, 2022
Lagi Politik terkini
UMNO tangguh PAU 2022, tak sempat hantar kad jemputan kepada DAP?
6 jam lalu · Politik
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
14 jam lalu · Politik
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
15 jam lalu · Politik
MP PKR malu, tertipu bila Anwar bersekongkol dengan kleptokrat
17 jam lalu · Politik
Kumpulan berfahaman kiri mudah pengaruhi kerajaan PH-UMNO
18 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] PDRM perlu adil, segera siasat PH sentuh Islam
3 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Muhyiddin di ceramah Grand Finale PRK Padang Serai
5 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok