Guru wanita rugi RM276,000 diperdaya sindiket

April 30, 2022 · Isu semasa

Seorang guru wanita mengalami kerugian RM276,000 selepas menjadi mangsa Macau Scam, apabila ditipu kononnya dia didakwa melakukan kesalahan dan perlu membuat beberapa pembayaran bagi menguruskan kesnya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Negeri Sembilan Superintendan Aibee Abd Ghani berkata wanita berusia 41 tahun itu telah membuat pinjaman bank di samping meminjam wang daripada rakannya serta mengeluarkan wang simpanan untuk membuat pembayaran berkenaan.

Beliau berkata ia bermula apabila wanita itu dihubungi individu yang mengaku kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) awal bulan ini, yang memberitahu kononnya dia melakukan kesalahan kerana membeli ubat dalam kuantiti berlebihan, lapor Bernama.

Menurutnya panggilan itu kemudian kononnya disambungkan Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Perak, dan ia disusuli dengan beberapa lagi tuduhan lagi sehingga wanita itu percaya dan bersetuju untuk memasukkan wang ke beberapa akaun.

Dalam satu kenyataan hari ini beliau berkata dalam tempoh antara 11 April dan semalam, wanita itu telah membuat transaksi ke beberapa akaun berjumlah RM276,000, dan dia berasa ditipu apabila semasa mencuba menghubungi pihak berkenaan, panggilannya tidak berjawab, dan kes sedang disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Sementara itu dalam kes berasingan Aibee berkata sepasang suami isteri warga emas berumur 69 dan 64 tahun kerugian RM30,000 selepas diperdaya seorang suspek, kononnya mereka telah memenangi wang tunai RM500,000 melalui nombor ekor di Bahau, Jempol.

“Pengadu dan isteri mempercayai hal itu dan dibawa suspek ke Maybank Kuala Pilah bagi melakukan pengeluaran wang untuk membuat pembayaran, kononnya sebagai proses bagi mendapatkan wang RM500,000.

“Kedua-dua mereka menaiki kenderaan individu itu ke Maybank Kuala Pilah dan membuat pengeluaran RM25,000 melalui kaunter, dan seterusnya membuat pengeluaran wang tunai melalui ATM sebanyak RM5,000,” katanya.

Katanya selepas serahan wang tunai dilakukan di dalam kenderaan suspek, dan pasangan itu dibawa ke sebuah bank di Bahau, kemudian ditinggalkan.

Berita berkaitan
Lelaki intai wanita di tandas pasar raya ditahan polis
October 23, 2023· Isu semasa
Pemuda MCA gesa kerajaan tangani kos sara hidup, syor perkenal GST
October 21, 2023· Politik
Ditipu pelaburan tak wujud, juruaudit rugi RM1.48 juta
October 12, 2023· Isu semasa
Anggota pukul wanita dalam video tular sedang disiasat polis
September 25, 2023· Isu semasa
Popular
BNM dijangka naikkan OPR 25 mata asas lagi bulan depan
October 21, 2022
Kenali pereka kasut, Jimmy Choo
November 6, 2021
Harga roti Gardenia naik 1 Disember
November 25, 2021
Banjir: Tiga beradik maut kena renjatan elektrik di Kelantan
December 19, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok