Gula pasir tidak dikawal harga dijual hari ini, kata menteri

May 25, 2023 · Isu semasa

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) meluluskan penjualan gula putih bertapis jernih yang dijual pada harga bukan kawalan bermula hari ini.

Namun menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata gula sedia ada masih dijual dengan harga seperti sebelumnya.

“Biarpun pengguna kini mempunyai pilihan gula baharu di pasaran tetapi gula sedia ada (kasar dan halus) tetap dijual pada harga kawalan iaitu RM2.75 (kasar) dan RM2.85 (halus) sekilogram.

“Bagaimanapun kerajaan tidak mengawal harga gula putih bertapis jernih kerana harganya itu ditentukan pasaran.

“Keadaannya sama seperti penjualan petrol RON95 yang mempunyai kawalan harga, sementara RON97 ditentukan pasaran, sama seperti beras putih dan beras premium serta telur,” katanya pada sidang media selepas menyempurnakan penyampaian Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) KPDN dan Agensi 2022 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), hari ini.

Jelasnya, kerajaan meluluskan permohonan dua syarikat pengeluar gula tempatan, MSM Malaysia Holdings Berhad dan Central Sugars Refinery Sdn Bhd (CSR) untuk menjual gula putih bertapis jernih itu.

“Kerajaan bersetuju permohonan itu kerana gula putih bertapis jernih akan memberikan pilihan kepada pengguna selain gula putih bertapis sedia ada (kasar dan halus).

“Kerajaan juga sudah memberi arahan kepada MSM dan CSR untuk terus mengeluarkan gula putih bertapis sedia ada (kasar dan halus) pada kuantiti semasa 42,000 tan metrik sebulan yang mencukupi untuk pasaran runcit.

“Justeru penjualan gula putih bertapis halus tidak boleh menggantikan bekalan gula putih bertapis sedia ada,” katanya.

Beliau turut memberi amaran akan mengambil tindakan terhadap syarikat pengeluar gula boleh jika tidak mengeluarkan bekalan gula putih bertapis mencukupi di pasaran.

“Begitu juga kepada mana-mana pemborong dan peruncit yang mengenakan pembelian bersyarat atau tidak menjual gula putih bertapis sedia ada (kasar dan halus) kepada pelanggan,” katanya.

Berita berkaitan
Menu Rahmah berjaya turun inflasi harga makanan, kata Salahuddin
May 29, 2023· Isu semasa
Menteri tetap kata harga barang asas tidak naik
May 22, 2023· Isu semasa
Salahuddin yakin pengundi UMNO tiada masalah undi calon parti dalam PH
May 20, 2023· Politik
Bukan krisis, kata Menteri berhubung isu bekalan gula di Terengganu
May 7, 2023· Isu semasa
Popular
Tiada lagi subsidi ayam dan telur pada 1 Julai: Mat Sabu
June 8, 2023
PAC panggil 4 kementerian, 1 GLC minggu depan
June 8, 2023
Speaker tolak usul bahas skandal LCS, tapi kenapa kerap dibincang semasa PRU?
June 8, 2023
Anak saudara Sivarasa bebas tuduhan rasuah
June 8, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kalimah Allah: Titah Sultan Selangor bermakna kerajaan belum rujuk Majlis Raja-Raja
2 jam lalu · Isu semasa
Undi pos bagi PRN 6 negeri dibuka 15 Jun ini : SPR
4 jam lalu · Isu semasa
PAC panggil 4 kementerian, 1 GLC minggu depan
6 jam lalu · Isu semasa
Hans Isaac kini Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia
10 jam lalu · Isu semasa
Kedah tawar pinjaman pendidikan buat pelajar yang layak ke IPTA, IPTS
11 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
10 jam lalu
[VIDEO] Gelombang sudah ada, PN tetap usaha menang PRN enam negeri
June 7, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok