Sanusi harap aura PRN sampai ke PRK Pulai dan Simpang Jeram, bagi Bang Non demam

August 24, 2023 · Politik

Aura gelombang rakyat di enam Pilihan Raya Negeri (PRN) sebelum ini diharapkan sampai dalam dua Pilihan Raya Kecil (PRK) Pulai dan Simpang Jeram, kata Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Menteri Besar Kedah yang dilantik semula selepas kemenangan bergaya 33-3 pada PRN 12 Ogos berkata dua PRK tersebut penting bagi menyampaikan isyarat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga digelar sebagai ‘Bang Non’ terhadap kegagalan pentadbirannya.

“Saya harap Simpang Jeram ini akan menerima aura dari Terengganu dari Kelantan dari Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Selangor.

“Tuan-tuan sekalian, gelombang Perikatan Nasional ini telah melanda negeri di pantai timur di utara dan telah turun selatan tanah air. Dan saya yakin Simpang Jeram dan Pulai ini akan menjadi penentu penting untuk kita hantar mesej kepada Bang Non (Anwar),” katanya semasa ceramah di Markas PAS Bakri, malam tadi.

Selain Sanusi, turut hadir ke pelancaran jentera dan pengisytiharan calon PN adalah Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Pengarah Pilihan Raya PN itu juga berkata kemenangan dua PRK tersebut tidak mustahil dan boleh memberi impak besar.

“Sungguh ni, Bang Non duduk ketaq (gementar) dah tue… Hampa bagi dia demam sama. Insya-Allah bukan perkara yang mustahil benda ni boleh berlaku.

“Siapa sangka negeri terkuat DAP di dunia Pulau Pinang? Kalah 11 kerusi,” katanya lagi.

Menurut Sanusi lagi, jika kerajaan campuran Pakatan Harapan (PH)-UMNO tewas lagi dua PRK, ia sekurang-kurangnya dapat menyekat kerakusan mereka yang berterusan menekan dan menzalimi lawannya.

“Kita dah lihat, kita dah saksikan gaya kepimpinan PH-BN (Barisan Nasional) ini bila dia dah dapat kuasa… Sikap, sifat dia telah terserlah kerakusan yang teramat sangat,” katanya lagi.

Kehadiran Sanusi semasa program ceramah di Bakri disambut dengan sorakan serta laungan takbir daripada orang ramai khusunya penyokong parti berkenaan yang menunggu sejak jam 8.30 malam.

PN meletak pakar bedah, Dr Mazri Yahya menentang calon Pakatan Harapan (PH) dari Amanah, Nazri Abd Rahman pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Simpang Jeram, manakala Zulkifli Jaafar pula diletak sebagai calon Parlimen Pulai.

Penamaan calon bagi PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram pada Sabtu ini.

Kedua-dua kerusi itu kosong selepas kematian penyandangnya, Datuk Seri Salehuddin Ayub pada 23 Julai lalu akibat pendarahan otak.

Berita berkaitan
UMNO tanding PRK Kemaman jika diadakan, kata Zahid yakin rakyat sokong
15 minit lalu· Politik
Penyandang jawatan ’Top 5’ kekal, tiada pertandingan pada Muktamar PAS: Takiyuddin
September 29, 2023· Politik
Zahid umum peruntukan semasa PRN tidak pula dianggap rasuah? soal Ahmad Fadhli
September 29, 2023· Politik
Satu negara harga barang naik, kenapa tumpu jualan murah di Pelangai? soal ADUN Beserah
September 29, 2023· Politik
Popular
Puad sindir Rafizi gagal tawar formula luar biasa
September 29, 2023
Bukan Rafizi saja salah tapi PMX juga gagal memimpin negara, kata Tun Faisal kepada Puad
September 29, 2023
Penyandang jawatan ’Top 5’ kekal, tiada pertandingan pada Muktamar PAS: Takiyuddin
September 29, 2023
Kerusi presiden PAS dan timbalan dipertanding, bukan macam UMNO
January 10, 2023
Lagi Politik terkini
Bukan Rafizi saja salah tapi PMX juga gagal memimpin negara, kata Tun Faisal kepada Puad
September 29, 2023 · Politik
Puad sindir Rafizi gagal tawar formula luar biasa
September 29, 2023 · Politik
MP DAP sudah diambil keterangan berhubung video tafsir al-Quran: Ayob Khan
September 29, 2023 · Politik
Jawatan Presiden PAS dan Timbalan berkemungkinan tiada pencabar: Sanusi
September 27, 2023 · Politik
Kerajaan guna isu 3R untuk elak dikritik dan bermotif politik: Dr Mahathir
September 27, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tak wajar polis pantau PN setiap jam, ganggu kempen calon
3 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan Menteri jejas pelancongan, boleh ke Langkawi pakai seluar pendek
September 27, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok