Gagal tangani Covid-19, kini kerajaan PKR Selangor gagal pelihara hutan simpan

September 1, 2021 · Isu semasa

Bukan sahaja gagal menangani kes penularan Covid-19 tetapi kini kerajaan Selangor yang diterajui parti PKR nampaknya juga gagal memelihara hutan simpan yang sepatutnya dipelihara.

Pendedahan keputusan menyahwarta kawasan hutan simpan Kuala Langat Utara seluas 536.7 hektar pada 5 Mei 2021 mengejutkan ramai pihak, sehingga Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri pun terkejut dan mahu memanggil Menteri Besarnya, Datuk Seri Amirudin Shari untuk memberi penjelasan.

Ketika kerajaan Selangor dipimpin PKR sepatutnya menumpukan kepada isu menangani krisis kesihatan yang meningkat di negeri tersebut, nampaknya mereka lebih berminat untuk merobek kehijauan dan kekayaan sumber alam semulajadi demi kepentingan pihak tertentu.

Isu berhubung menyahwarta tersebut hanya diketahui hanya didedahkan ketika sesi soal jawab sidang DUN Selangor semalam.

Penyahwartaan itu dibuat setelah keputusan dicapai pada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) ke-17/2021 pada 5 Mei lepas yang disahkan oleh MMKN ke-18 pada 19 Mei, membabitkan 536.70 hektar kawasan di bawah Seksyen 12, Enakmen (Pemakaian) Akta Perhutanan Negeri Selangor 1985.

Pada bulan Mac tahun lalu, Amirudin memaklumkan dua syarikat telah mencadangkan untuk membangunkan kawasan Hutan Simpan Kekal Kuala Langat Utara, iaitu Titian Jutaria Sdn Bhd dan Menteri Besar Incorporated Selangor (MBI Selangor).

Dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Gabungan Pertahankan Hutan Simpan Kuala Langat Utara (PHSKLU) dan Tindakan Pemuda untuk Hutan Malaysia (MyHutan) membantah tindakan kerajaan negeri tesebut dengan menyifatkannya ia melanggar hak Orang Asli yang tinggal di kawasan itu.

“Gabungan PHSKLU mengecam keras keputusan kerajaan negeri Selangor, yang diketuai oleh Menteri Besar Amirudin Shari untuk menyahwarta kawasan hutan simpan Kuala Langat Utara seluas 536.7 hektar pada 5 Mei 2021.

“Kami mengecam kurangnya rundingan awam dengan pihak berkepentingan dan kurangnya informasi terperinci mengenai proses dan hasil inkuiri awam mengenai penyahwartaaan hutan simpan berkenaan,” kata kumpulan itu dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, Parti Sosialis Malaysia (PSM) pula mencadangkan usul undi tidak percaya dibawa terhadap Amiruddin sekiranya gagal membatalkan penyahwartaan hutan simpan tersebut.

Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Biro Krisis Alam Sekitar dan Iklim PSM Dr Darren Ong Chung Lee berkata Amirudin tidak menghormati resolusi sebulat suara oleh Dewan Undangan Negeri Selangor pada November tahun lalu untuk melindungi hutan tersebut.

Amirudin sepatutnya berundur lebih awal lagi kerana gagal menangani isu penularan Covid-19 dan lebih berminat menyalahkan kerajaan pusat ekoran peningkatan jangkitan kes di negeri tersebut.

Untuk rekod, Selangor mencatat rekod jangkitan kes Covid-19 harian tertinggi berbanding negeri-negeri lain dan menjadi penyumbang utama kepada kes kumulatif virus tersebut.

Bagaimanapun, memandangkan Amirudin wakil dari PKR, tiada sebarang gesaan dibuat terhadapnya untuk berundur.

Berita berkaitan
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024· Politik
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Radzi arah KSU lapor SPRM dakwaan Zaharin
October 17, 2022
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok