DUN Johor lulus belanjawan, pembangkang juga dapat RM200,000 setahun

November 28, 2021 · Isu semasa

Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor hari ini meluluskan Belanjawan Johor 2022, lebih menarik lagi semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) termasuk pembangkang akan menerima peruntukan tetap RM200,000 setahun.

Speaker DUN Suhaizan Kaiat memaklumkan belanjawan itu diluluskan secara majoriti dengan 27 ADUN mengangkat tangan tanda setuju dengan 27 berkecuali sementara dua ADUN tidak hadir, lapor Bernama.

“Yang setuju angkat tangan, mana yang tidak bersetuju dipersetujukan,” kata beliau pada hari terakhir Persidangan Keempat DUN yang ke-14, hari ini.

Dua ADUN iaitu Datuk Osman Sapian (Bersatu-Kempas) dan Hahasrin Hashim (BN-Panti) tidak hadir kerana masalah kesihatan, manakala 54 ADUN termasuk bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (Bersatu-Gambir) hadir.

Terdahulu, Menteri Besar Datuk Hasni Mohammad dalam sesi penggulungan Belanjawan Johor 2022 berkata kerajaan negeri akan memperhebat usaha menjadikan Johor sebagai negeri pilihan pelabur memandangkan kedudukannya yang strategik dan memiliki pelbagai agensi pemangkin ekonomi.

“Saya yakin dan percaya bahawa Johor akan menjadi antara negeri yang terawal bangkit daripada kemelut ekonomi yang terjejas akibat COVID-19,” kata beliau.

Persidangan DUN hari ini berakhir kira-kira pukul 5 petang tadi.

Untuk rekod, kerajaan negeri dipimpin UMNO Johor dengan 14 kerusi DUN, MIC memiliki dua kerusi, Bersatu 12 kerusi dan PAS satu kerusi manakala Pakatan Harapan 27 kerusi.

Hasni ketika membentangkan belanjawan defisit itu yang bertemakan “Memperhebat Kesejahteraan Johor” pada 18 Nov lepas berkata hasil negeri pada tahun depan diunjurkan berjumlah RM1.671 bilion manakala perbelanjaan berjumlah RM1.958 bilion.

Selain itu, kesemua 56 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) termasuk daripada pembangkang akan menerima peruntukan tetap RM200,000 setahun.

Berita berkaitan
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024· Politik
Hilman kekal ADUN Gombak Setia, mahu ambil tindakan undang-undang
December 11, 2023· Politik
Dadah bernilai RM5.43 juta dilupus Polis Johor
November 27, 2023· Isu semasa
Kerajaan campuran kedekut, pemberian wang ihsan kepada Kelantan berkurangan berbanding tahun lalu
November 26, 2023· Politik
Popular
Doktor sertai mogok umum tak beretika, moral rendah
July 26, 2021
Selesaikan isu harga makanan di kantin, jangan ikut formula Rafizi
January 9, 2023
Harga roti Gardenia naik 1 Disember
November 25, 2021
PN akan terus desak caruman KWSP bersasar dibenarkan
March 16, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok