Dua wanita antara empat suspek ditahan dalam kes samun bersenjata

June 11, 2023 · Isu semasa

Dua wanita antara empat ditahan semalam kerana disyaki terlibat dalam kes samun berkumpulan bersenjatakan pisau serta melarikan kenderaan dengan nilai kerugian dianggar RM60,000 di sebuah rumah di Subang Jaya.

Kesemua suspek warga tempatan berkenaan berumur lingkungan 27 hingga 32 tahun masing-masing ditahan di Senawang, Negeri Sembilan dan Putra Perdana, Puchong, dekat sini, menurut laporan Bernama.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Wan Azlan Wan Mamat berkata dalam kejadian kira-kira 7 malam pada 4 Jun lepas, mangsa menyatakan rumahnya dimasuki dua lelaki.

Beliau berkata dalam kejadian itu, suspek memakai pelitup muka turut mengikat mangsa yang tinggal bersama isteri, ibu dan dua anak.

“Suspek menggunakan pisau menyamun mangsa dan keluarga serta melarikan kereta jenis Honda City yang diparkir di hadapan rumah bersama-sama sejumlah barangan berharga milik mangsa,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Wan Azlan berkata modus operandi suspek ialah memakai pelitup muka dengan mengikat mangsa dan ahli keluarganya menggunakan kabel telefon serta tali pinggang dan kemudian melarikan sejumlah barangan peribadi, barangan berharga serta kenderaan milik mangsa.

Beliau berkata polis merampas beberapa barangan peribadi yang digunakan untuk kegiatan samun iaitu dua bilah pisau, pakaian milik suspek, satu unit pemutar skru serta sepasang sarung tangan.

Selain itu, barangan milik mangsa yang dijumpai semula ialah barangan peribadi, barangan kemas, telefon bimbit, serangkai kunci rumah dan juga sebuah kereta mangsa.

Turut dirampas adalah sebuah kereta jenis Honda EK yang dilaporkan hilang di kawasan Jinjang, di sini.

“Hasil soal siasat, suspek mengaku terlibat dengan kes ini dan kesemua mereka direman selama lima hari bermula hari ini. Selain itu, polis percaya suspek terlibat beberapa kes di kawasan Subang Jaya dan kawasan lain,” katanya.

Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian samun berkumpulan supaya tampil memberikan kerjasama kepada polis menerusi talian 03-78627100 (Pusat Kawalan Daerah Subang Jaya) atau pegawai penyiasat Insp G. Dinesh 011-33094457.

Berita berkaitan
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Agus dipanggil beri keterangan esok terhadap dakwaan gangguan seksual
December 13, 2023· Politik
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Kenapa lepasan SPM tidak minat ke IPT?
August 25, 2022
Hilang duit dalam akaun: Salah bank atau pengguna?
September 2, 2022
Pendawaian bocor punca tiga beradik kena renjatan elektrik
December 19, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
5 jam lalu · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
5 jam lalu · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok