Dua peguam Zahid dijangkiti Covid-19, bicara kes rasuah YAB ditangguh

August 5, 2022 · Isu semasa

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menangguhkan perbicaraan kes rasuah berhubung dana Yayasan Akalbudi (YAB) yang dihadapi Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ke 22 Ogos berikutan dua peguamnya dijangkiti Covid-19.

Peguam Aiman Abdul Rahman yang mewakili Zahid memberitahu Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bahawa peguam utama kes itu, Hisyam Teh Poh Teik dan Hamidi Mohd Noh dijangkiti Covid-19, lapor Bernama.

“Pihak kami telah memfailkan surat kepada mahkamah pada 2 dan 3 Ogos lepas dengan menyatakan peguam Hisyam dan Hamidi dijangkiti Covid-19 dan kami mohon supaya tarikh perbicaraan hari ini ditukar kepada sebutan dan perbicaraan seterusnya pada 22 Ogos,” katanya.

Timbalan Pendakwa Raya Abdul Malik Ayob tidak membantah perkara itu.

Hakim Sequerah kemudian berkata berdasarkan alasan yang dikemukakan pihak pembelaan, tarikh perbicaraan hari ini dilapangkan dan akan bersambung pada 22 Ogos ini.

Zahid yang memakai baju kurta putih hadir pada prosiding hari ini.

Pada prosiding hari ini, Zahid sepatutnya disoal balas pihak pendakwaan berhubung pertuduhan rasuah yang dihadapi Ahli Parlimen Bagan Datuk itu.

Zahid, 69, berdepan dengan 47 pertuduhan iaitu 12 pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit dana milik YAB.

 

Berita berkaitan
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
5 jam lalu· Politik
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024· Isu semasa
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Popular
Skandal LCS: TLDM kalah bertempur sejak awal, kata bekas panglima
August 15, 2022
Bekas ketua hakim negara cemas di kandang saksi, lapor Bernama
April 12, 2021
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
MB Perlis cerai isteri talak satu
August 25, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok