Dua lagi PPS di Selangor dibuka, mangsa banjir bertambah

November 6, 2023 · Isu semasa

Dua lagi pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Selangor menjadikan keseluruhan tujuh setakat pagi ini, bagi menempatkan mangsa banjir di Sepang, Hulu Langat dan Subang Jaya.

Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memaklumkan seramai 579 orang melibatkan 157 keluarga dipindahkan ke tujuh PPS berkenaan, lapor Bernama.

Tujuh PPS itu ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Bangi dan SK Semenyih di Hulu Langat membabitkan 96 mangsa, manakala 10 individu ditempatkan di PPS Dewan Serbaguna Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) Camelia Seksyen 10, Putra Heights.

Empat lagi PPS dibuka di Sepang menempatkan 473 mangsa iaitu di Dewan Orang Ramai Kampung Dato Ahmad Razali, Dewan Orang Ramai Jenderam Hilir, Dewan Orang Ramai Taman Gemilang dan Sekolah Menengah Kebangsaan Dengkil.

Sementara di PERAK, seramai 219 mangsa banjir daripada 63 keluarga masih ditempatkan di empat PPS di daerah Hilir Perak dan Kerian.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Perak dalam kenyataan memaklumkan di Hilir Perak, jumlah mangsa kekal 53 orang daripada 17 keluarga di PPS Dewan Serbaguna Padang Tembak dan 12 daripada tiga keluarga masih di PPS Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan.

“Mangsa banjir di Kerian pula kekal 97 orang daripada 24 keluarga yang ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Lobak dan 57 orang daripada 19 keluarga berlindung di PPS SK Alor Pongsu,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melaporkan paras Sungai Bidor di Changkat Jong berada pada tahap bahaya dengan mencatat ketinggian 4.02 meter manakala Sungai Kinta di Weir Tanjung Tualang dan Sungai Slim di Slim River pada paras berjaga-jaga, masing-masing dengan 13.29 meter dan 25 meter.

Berdasarkan maklumat daripada Jabatan Meteorologi, cuaca diramal baik pagi ini, namun hujan dan ribut dijangka berlaku di kebanyakan daerah di Perak pada petang dan malam ini.

Berita berkaitan
Banjir di Johor: 538 orang dipindahkan ke PPS, paras sungai naik
December 1, 2023· Isu semasa
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
November 29, 2023· Isu semasa
Mangsa banjir di tiga negeri sedikit menurun setakat malam ini
November 27, 2023· Isu semasa
Mangsa banjir di Kelantan meningkat, Terengganu turun dan Selangor kekal
November 27, 2023· Isu semasa
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Jutawan rakan baik Anwar beli saham rangkaian hotel terkait Zahid
July 6, 2021
Kenapa lepasan SPM tidak minat ke IPT?
August 25, 2022
Edar dadah 23.5kg, tiga lelaki termasuk bergelar ‘Datuk’ didakwa
December 4, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Edar dadah 23.5kg, tiga lelaki termasuk bergelar ‘Datuk’ didakwa
17 jam lalu · Isu semasa
PRK Kemaman: Peratusan keluar mengundi setakat 4 petang sebanyak 60 peratus
December 2, 2023 · Isu semasa
Remaja cuba samun pemandu e-hailing didakwa esok
December 2, 2023 · Isu semasa
Dakwaan gangguan seksual dihadapi Wahab, polis akan panggil beberapa individu
December 2, 2023 · Isu semasa
Laporan Wahab dakwa Agus buat gangguan seksual disiasat polis
December 1, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Tuan Guru Hadi di Grand Finale PRK Kemaman
December 2, 2023
[VIDEO] Ucapan Radzi Jidin di Grand Finale PRK Kemaman
December 2, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok