Draf RUU lompat parti sudah siap, akan dibentang kepada Kabinet

May 21, 2022 · Isu semasa

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen sudah memuktamadkan draf Rang Undang-Undang (RUU) Larangan Ahli Dewan Rakyat Bertukar Parti kelmarin.

Menurutnya draf itu akan dibentangkan kepada Kabinet sebelum dibawa ke sidang khas Parlimen untuk dibahas dan diluluskan, yang dijangkakan pada Jun ini.

Bagaimanapun katanya, tarikh sebenar sidang khas Parlimen tersebut tertakluk kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Katanya jawatankuasa itu mencapai kata sepakat dalam hampir semua perkara dasar mengenai penggubalan RUU berkenaan.

“Ini setelah mengambil masa lebih sembilan bulan bagi merangka undang-undang tersebut yang pertama kali di negara ini.

“Namun selagi belum dibentangkan ke Kabinet, saya dan jawatankuasa lain tidak boleh mendedahkan kepada umum berhubung butiran RUU ini. Cuma saya boleh katakan adalah draf ini telah dimuktamadkan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen.

“Setelah berhempas-pulas merangka undang-undang selain melalui pelbagai proses dan perbincangan dengan ramai pihak termasuk mengambil kira pandangan perbahasan ahli-ahli Parlimen, alhamdulillah saya bersyukur draf RUU bagi melarang ahli Dewan Rakyat bertukar parti akhirnya dimuktamadkan dan kini tinggal untuk diluluskan Parlimen,” katanya memetik laporan Utusan hari ini.

Beliau berharap RUU itu akan dibentangkan pada sidang khas Parlimen di bawah Peraturan 11(3) atas budi bicara Perdana Menteri dan pertimbangan jemaah Menteri.

Pada masa sama, Wan Junaidi berkata, Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pemandu Transformasi dan Kestabilan Politik Kerajaan-Pakatan Harapan (PH) dan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Bagi Menimbang RUU tersebut menyarankan agar undang-undang tersebut dibentangkan dalam sidang khas Parlimen yang dicadangkan diadakan pada Jun ini.

“Saya akan berjumpa dengan Perdana Menteri berhubung perkara ini, tetapi terserah kepada Datuk Seri (Ismail Sabri) bagi menetapkan tarikh sebenar sidang khas Parlimen ini,” katanya.

Beliau merakamkan perhargaan kepada pelbagai pihak termasuk semua ahli Parlimen, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri dan Jabatan Peguam Negara yang bertungkus-lumus merangka undang-undang yang selama ini berhadapan banyak cabaran.

“Ramai mahu RUU ini dibuat segera, tetapi ramai tidak tahu bahawa prosesnya memerlukan masa apatah lagi membabitkan pindaan Perlembagaan Persekutuan di samping mengambil kira pandangan orang ramai dan pakar akademik.

“Sepatutnya dibentang pada Mac lalu, tetapi dibuat pada April pula. Tetapi ahli Parlimen sebulat suara agar diperhalusi di peringkat Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen,” katanya.

Pelbagai pihak termasuk ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang mahu RUU itu disegerakan selepas kerajaan memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik bersama PH pada 13 September 2021.

Pada 2 April lalu, Wan Junaidi mendedahkan seramai 39 Ahli Parlimen melompat parti sejak 2018 dan tindakan itu membawa kepada ketidakstabilan politik, selain negara turut menyaksikan pertukaran tiga Perdana Menteri dalam tempoh satu penggal Parlimen.

Berita berkaitan
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024· Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
PAS bidas Anwar kekal jadi Menteri Kewangan, dulu kata nak berjimat
December 12, 2023· Politik
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Helikopter terhempas di Bidor, juruterbang terbunuh: Polis
September 12, 2022
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok