Datuk K dijangka beri keterangan saksi pembelaan dalam kes rasuah Zahid

August 21, 2023 · Isu semasa

Ahli perniagaan, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa dijangka akan memberi keterangan sebagai saksi pembelaan dalam perbicaraan kes rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram melibatkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Suami penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin itu dilaporkan media hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini bagi memberi keterangan dalam sambungan perbicaraan kes rasuah melibatkan Presiden UMNO itu.

Menurut laporan Utusan Malaysia, Khalid dijangka dipanggil memberi keterangan sebagai saksi pembelaan kelapan pada perbicaraan tersebut.

Ahli perniagaan berusia 64 tahun itu merupakan salah seorang daripada 37 saksi yang ditawarkan oleh pihak pendakwaan memberi keterangan, hadir kira-kira pukul 8.46 pagi.

Pada perbicaraan lalu, Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah selesai mendengar keterangan saksi pembelaan ketujuh, Datuk Rosiah Osman, 71, yang merupakan bekas Setiausaha Eksekutif, Zahid.

Zahid, 70, dibicarakan atas 47 pertuduhan iaitu lapan rasuah, 12 pecah amanah dan 27 pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu didakwa atas 12 pertuduhan pecah amanah iaitu menggunakan dana Yayasan Akalbudi untuk membuat enam pembayaran bagi kad kredit persendirian, polisi insurans serta lesen kenderaan persendirian, kiriman wang kepada sebuah firma guaman dan sumbangan kepada persatuan bola sepak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Kesalahan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan itu dan didakwa dilakukan di Affin Bank Berhad, cawangan Jalan Bunus, Off Jalan Masjid India di sini di antara 13 Januari 2014 dan 23 Disember 2016.

Bagi lapan pertuduhan rasuah, Ahmad Zahid dituduh menerima suapan daripada tiga syarikat iaitu Mastoro Kenny IT Consultant & Services, Data Sonic Group Berhad dan Profound Radiance Sdn. Bhd.

Suapan itu sebagai dorongan kepadanya atas kapasiti selaku Menteri Dalam Negeri pada ketika itu untuk membantu syarikat terbabit mendapatkan projek MyEG, membekalkan cip pasport serta menyediakan perkhidmatan pusat sehenti di Pakistan dan Nepal.

Beliau dituduh melakukan perbuatan itu di cawangan Maybank Dataran Maybank di Jalan Maarof, Bangsar, antara 15 Julai 2016 dan 15 Mac 2018.

Pertuduhan mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali nilai suapan atau RM10,000 mana lebih tinggi, jika disabitkan kesalahan.

Zahid juga berdepan 27 pertuduhan pengubahan wang haram dengan melibatkan diri dalam transaksi secara langsung membabitkan pendapatan daripada aktiviti haram antara 26 Mac 2016 dan 11 April 2018.

Kesemua perbuatan itu didakwa dilakukan di bank yang sama di Jalan Maarof, Bangsar dan Marhaba Enterprise Sdn Bhd, Fahrenheit88, 179 Jalan Bukit Bintang di sini antara 29 Mac 2016 dan 11 April 2018.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 15 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil aktiviti haram atau RM5 juta, mana lebih tinggi jika sabit kesalahan.

Berita berkaitan
Jangan gopoh, kata Mat Sabu ulas gesaan halang warga asing beli beras
1 jam lalu· Isu semasa
SPRM sudah rekod kenyataan saya minggu lepas, Sanusi sahkan
24 jam lalu· Politik
Peguam Bersatu dakwa PMX sasarkan MP Putrajaya secara sistematik selepas dikecam
24 jam lalu· Politik
Seorang pemimpin Melayu DAP kata tak salah Howard Lee petik ayat al-Quran
September 25, 2023· Politik
Popular
Kumpulan peguam persoal PH dan PMX membisu hukuman penjara Wan Ji
September 26, 2023
Mahkamah kembalikan perintah pengharaman buku Gay is Okay! A Christian Perspective”
September 25, 2023
Gaduh kumpulan motosikal besar, seorang ditahan positif dadah
September 25, 2023
NGO desak tanah rizab Melayu dikembalikan di Sitiawan, pertikai langkah pindah milik
September 26, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Permohonan lelaki bunuh kekasih hamil dirujuk psikiatri ditolak mahkamah
2 jam lalu · Isu semasa
Kedah dan Perlis dilanda banjir, PPS dibuka pindahkan mangsa
4 jam lalu · Isu semasa
NGO desak tanah rizab Melayu dikembalikan di Sitiawan, pertikai langkah pindah milik
5 jam lalu · Isu semasa
Kumpulan peguam persoal PH dan PMX membisu hukuman penjara Wan Ji
5 jam lalu · Isu semasa
Anggota pukul wanita dalam video tular sedang disiasat polis
20 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Saya bukan orang jahat, SPRM tanya empat soalan REE, kata Sanusi
23 jam lalu
[VIDEO] Untuk menang PRK Pelangai, jentera PN bersemangat bila pemimpin ada keyakinan
September 25, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok