Cuepacs bidas pihak serang kerajaan isu elaun disalur ke akaun bencana

June 1, 2021 · Isu semasa

Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) hari ini membidas sikap sesetengah pihak yang menyerang kerajaan susulan keputusan penjawat awam menyumbang elaun mereka kepada Akaun Amanah Bencana.

Presidennya, Adnan Mat berkata Cuepacs sebelum ini telah menggerakkan inisiatif supaya penjawat awam dalam kumpulan tertentu turut sama-sama membantu menyumbang ke akaun berkenaan.

Katanya, semua penjawat awam yang terbabit bersetuju memotong elaun diterima sebagai tanda solidariti dalam menyokong usaha kerajaan melandaikan keluk jangkitan Covid-19.

“Cuepacs percaya kebanyakan penjawat awam terlibat secara aktif dalam memberi sumbangan dan bantuan kepada golongan yang memerlukan sama ada melalui pertubuhan bukan kerajaan, pusat zakat atau secara persendirian walaupun inisiatif ini tidak dilaksanakan.

“Penjawat awam yang tidak terlibat dengan inisiatif ini juga tidak terkecuali dalam memberi sumbangan kepada rakyat dan negara sama ada melalui bentuk kewangan atau pun tenaga mereka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali mengumumkan Pegawai Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan Tertinggi serta penjawat awam Gred 29 hingga Gred 41 bersetuju untuk menyumbang kepada Akaun Amanah Bencana, menerusi pemotongan elaun Imbuhan Tetap Keraian (ITK) dan elaun Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA), selama tiga bulan.

“Sumbangan dari lebih 800,000 penjawat awam (tidak termasuk frontliners serta penjawat awam Gred 1 hingga Gred 28) adalah dianggarkan berjumlah lebih RM30 juta,” katanya dalam satu kenyatan hari ini.

Semalam, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin turut mengumumkan menteri dan timbalan menteri tidak akan mengambil gaji selama tiga bulan sebaliknya wang itu disalurkan kepada Akaun Amanah Bencana.

Bagaimanapun ada sesetengah pihak yang cuba mempolitikkan sumbangan itu dengan menggesa menteri dan timbalan menteri turut menyerahkan elaun mereka kepada tabung berkenaan.

Penetapan sumbangan berdasarkan gred perkhidmatan itu adalah 50 peratus bagi Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) A ke atas, JUSA B sebanyak 20 peratus, JUSA C sebanyak 10 peratus, Gred 44 hingga 56 sebanyak lima peratus melibatkan ITK manakala RM10 daripada ITKA bagi Gred 29 hingga 41.

Berita berkaitan
Ideologi yang berbeza,hala tuju yang tidak jelas Kerajaan Perpaduan
January 1, 2024· Rencana
Teks Penuh Perbahasan Bajet 2024 Tan Sri Muhyiddin Yassin
October 18, 2023· Rencana
Pembebasan Muhyiddin: Komentar peguam yang diatur adalah songsang
October 6, 2023· Rencana
Rayuan pendakwaan terhadap keputusan mahkamah bebas Muhyiddin pada 28 Feb
September 27, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Radzi arah KSU lapor SPRM dakwaan Zaharin
October 17, 2022
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok