Cuaca panas, operasi pembenihan awan bermula hari ini di Pulau Pinang

May 3, 2023 · Isu semasa

Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjalankan Operasi Pembenihan Awan di kawasan tadahan Empangan Teluk Bahang serta Empangan Teluk Air Itam di Pulau Pinang bermula hari ini.

TUDM dalam kenyataan hari ini memaklumkan operasi itu dijangka berlarutan hingga Khamis ini yang turut melibatkan kerjasama Agensi Pengurusan Bencana Negara dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang, menurut laporan Bernama.

Menurut TUDM, operasi yang bermula pada 11 pagi itu melibatkan penyediaan empat tangki bancuhan larutan garam dengan muatan 1,500 liter bagi setiap tangki.

“Setelah mengambil masa lebih kurang tiga jam penyediaan bancuhan, keempat-empat tangki ini dimasukkan ke dalam pesawat angkut C130H oleh anak kapal No 20 Skuadron,” menurut kenyatan itu.

Kenyataan itu menyebut pesawat angkut TUDM diterbangkan oleh Komander Pesawat Leftenan Kolonel Mohd Khairol Fadly Abu Bakar bersama dua juruterbang, lima anak kapal, empat kakitangan MetMalaysia dan seorang kakitangan Badan Kawal Selia Air yang berlepas dari Pangkalan Udara Subang pada 2.45 petang.

“Semoga usaha bersepadu yang dilaksanakan dapat membantu usaha pembenihan awan bagi memulihkan bekalan air yang terjejas dan semakin menyusut di kawasan tadahan hujan,” menurut kenyataan itu.

Berita berkaitan
Tiada wakil UMNO dilantik jadi Timbalan Ketua Menteri P. Pinang
August 16, 2023· Politik
DAP beri satu jawatan Exco kepada UMNO, tapi parti Amanah belum pasti
August 15, 2023· Politik
PRN: Tiada laporan kempen isu 3R diterima setakat ini
August 12, 2023· Politik
Hari pengundian diramal hujan, ribut petir
August 11, 2023· Isu semasa
Popular
Ribuan peniaga diramal gulung tikar ekoran kenaikan harga bahan mentah: Laporan
September 20, 2023
Ringgit dibuka menghampiri RM4.70 berbanding dolar
September 22, 2023
Kes bunuh tiga warga Sri Lanka: Polis buru dua suspek
September 23, 2023
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kes bunuh tiga warga Sri Lanka: Polis buru dua suspek
3 jam lalu · Isu semasa
Peningkatan mangsa banjir di Sabah dan Perak
3 jam lalu · Isu semasa
Polis Perak rampas dadah RM1.5 juta, lima orang ditangkap
September 22, 2023 · Isu semasa
Ringgit dibuka menghampiri RM4.70 berbanding dolar
September 22, 2023 · Isu semasa
Banjir Perak: Jumlah mangsa dipindah meningkat pagi ini
September 22, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Dah bohong sini, dia bohong di New York
12 minit lalu
[VIDEO] Penamaan calon PRK Pelangai selesai, PN hadapi saingan 3 penjuru
14 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok