COVID-19: Sekolah diarah perketat SOP

March 28, 2021 · Isu semasa

Kementerian Pendidikan sekali lagi mengarahkan semua sekolah memperketatkan prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang penularan COVID-19 di kalangan institusi pendidikan, terutama pelajar.

Pada masa sama, ibu bapa diingatkan supaya menasihati anak-anak mereka supaya mengambil langkah keselamatan dan menitik berat SOP sepanjang berada di sekolah.

Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Radzi Jidin, berkata pihaknya akan merujuk Pejabat Kesihatan Daerah untuk mendapatkan sebarang pandangan dan langkah yang perlu diambil jika wujud sebarang masalah berkaitan COVID-19.

“Dalam konteks COVID-19, seperti saya jelaskan sekiranya berlaku apa-apa, kita merujuk kepada Pusat Kesihatan Daerah kerana pihak berkenaan lebih pakar. Apa saja pandangan, kita di Kementerian Pendidikan (KPM) akan mematuhi nasihat berkenaan demi keselamatan anak-anak.

“Apa yang penting, ibu bapa harus mengingatkan anak-anak mematuhi SOP. Kami juga memberi penekanan pematuhan ini kepada seluruh warga sekolah termasuk guru,” katanya selepas Majlis Pelancaran Gerakan Masa: ‘Terima Kasih Cikgu” sempena Sambutan Tema Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali Ke-50 Tahun 2021, pada Ahad.

Radzi berkata, pihaknya mengakui sekarang waktu sukar untuk warga Kementerian Pendidikan, tetapi pihaknya berjaya menanganinya dengan baik.

“Ini satu masa yang sukar, namun Alhamdulillah kita melihat bagaimana peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berjalan lancar apabila SOP dipatuhi dengan baik. Pada masa sama, kita dapat meneruskan sesi persekolahan dalam keadaan selamat,” katanya.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Minyak botol vs minyak peket
July 20, 2022
Bekas ketua hakim negara cemas di kandang saksi, lapor Bernama
April 12, 2021
Skandal LCS: TLDM kalah bertempur sejak awal, kata bekas panglima
August 15, 2022
PN akan terus desak caruman KWSP bersasar dibenarkan
March 16, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok