Covid-19: Kes ‘tersembunyi’ dari gelembung Langkawi

September 29, 2021 · Isu semasa

Sejak pulau peranginan Langkawi dibuka semula menerusi Projek Rintis Gelembung Pelancongan Domestik bermula 16 September lalu sehingga semalam, tiada rekod menyatakan bahawa ada pelancong yang dijangkiti Covid-19 di pulau itu.

Namun, hari ini, Pejabat Kesihatan Daerah Langkawi (PKDLangkawi) memaklumkan terdapat satu kes import dalam negeri (Kes Import B), manakala Ketua Wanita UMNO dan Puteri UMNO bahagian Langkawi pula mengesahkan mereka positif Covid-19 setelah bertemu rakan luar yang melancong ke pulau itu yang juga kini positif.

PKDLangkawi membahagikan kes positif mengikut kategori iaitu Kes Import A bagi luar negara; Kes Import B (luar negeri Kedah); dan Kes Import C (luar daerah di Kedah).

Menerusi statistik yang dikeluarkan hari ini, PKDLangkawi memaklumkan jumlah jangkitan baharu Covid-19 di daerah itu bagi tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi meningkat kepada 35 kes berbanding 31 kes yang direkodkan semalam.

Jumlah itu termasuk seorang pesakit Kumpulan Import B, yang tidak dinyatakan sama ada pelancong negeri lain atau penduduk Langkawi yang tinggal di negeri lain tetapi pulang ke pulau itu.

Berdasarkan statistik terbaharu itu, empat daripada enam mukim di pulau peranginan itu merekodkan peningkatan kes dalam tempoh 24 jam itu.

Mukim Kuah yang merupakan pusat pentadbiran daerah merekodkan sembilan jangkitan baharu berbanding 8 yang dicatatkan semalam, diikuti Padang Matsirat (8 kes hari ini, 4 semalam); Ulu Melaka (5 kes hari ini, 4 semalam); dan Kedawang (5 kes hari ini, 3 semalam).

Sehingga hari ini, pulau pelancongan itu merekodkan 628 kes aktif, turun berbanding 635 kes semalam, dengan Kuah mencatatkan 221 kes, diikuti Mukim Kedawang (100 kes); Padang Matsirat (97 kes); Air Hangat (91 kes); Bohor (63 kes); dan Ulu Melaka (56 kes).

Sementara itu, memetik laporan Utusan, Ketua Wanita UMNO Bahagian Langkawi, Hisham Suhaily Othman yang kini dirawat di di Hospital Sultanah Maliha (HSM) sejak Selasa berkata:

“Pada mulanya saya buat ujian kendiri air liur selepas menjadi kontak rapat kepada beberapa rakan yang disahkan positif Covid-19 selepas pulang melancong dari pulau ini.”

Beliau bagaimanapun, tidak menjelaskan jumlah rakannya yang disahkan positif Covid-19 setelah pulang daripada melancong ke Langkawi.

Kenyataan beliau itu juga mengundang persoalan sama ada rakannya yang disahkan positif Covid-19 itu mendapat jangkitan ketika melancong di pulau berkenaan atau dijangkiti ketika di negeri asal setelah pulang dari Langkawi.

Sehingga kini, belum ada maklumat menunjukkan jumlah pelancong yang positif Covid-19 sekembalinya mereka ke negeri asal setelah menyertai gelembung pelancongan di Langkawi, kecuali ‘beberapa individu’ seperti dinyatakan Hisham Suhaily.

Pada masa sama, Ketua Puteri UMNO Bahagian Langkawi, Ummi Kalsom Abdul Muthalib serta lima Ahli Jawatankuasa Wanita UMNO bahagian itu juga dilaporkan positif Covid-19, dan kini menjalani kuarantin kendiri di rumah.

Setakat ini, kebenaran merentas negeri untuk aktiviti pelancongan hanyalah bagi Projek Rintis Gelembung Pelancongan Domestik Langkawi sahaja dengan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN), diperketatkan di setiap pintu masuk pulau itu.

Menurut Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dalam kenyataan hari ini, pelancong domestik ketika ini dibenarkan untuk melakukan aktiviti pelancongan dalam negeri bagi negeri-negeri yang berada dalam Fasa 2 dan ke atas dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Berita berkaitan
Naik sedikit gaji penjawat awam pada Oktober, kata PMX
August 11, 2023· Politik
Dr Mahathir terima rawatan di IJN
August 4, 2023· Isu semasa
Pengguna media sosial kecam Fahmi kritik Dr Mahathir sebagai ‘Maha Tua’
July 31, 2023· Politik
Lokman Adam bebas tuduhan sebar berita palsu berkait Covid-19, vaksin
June 23, 2023· Isu semasa
Popular
Hina Sultan Selangor: Hukuman penjara pendakwah bekas penasihat agama Guan Eng kekal
September 25, 2023
Gaduh kumpulan motosikal besar, seorang ditahan positif dadah
September 25, 2023
Dia juga membantu orang miskin, kata PMX semasa pertemuan dengan Syed Mokhtar
June 2, 2023
Seorang lelaki warga Indonesia ditahan dengan nilai dadah RM1.9 juta dirampas
September 25, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Anggota pukul wanita dalam video tular sedang disiasat polis
5 jam lalu · Isu semasa
Penyusutan nilai sektor komoditi punca perdagangan negara susut: Liew
5 jam lalu · Isu semasa
Seorang lelaki warga Indonesia ditahan dengan nilai dadah RM1.9 juta dirampas
7 jam lalu · Isu semasa
Gaduh kumpulan motosikal besar, seorang ditahan positif dadah
7 jam lalu · Isu semasa
Ramalan kaji cuaca ramal ribut petir dan angin kencang di utara semenanjung
9 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Saya bukan orang jahat, SPRM tanya empat soalan REE, kata Sanusi
8 jam lalu
[VIDEO] Untuk menang PRK Pelangai, jentera PN bersemangat bila pemimpin ada keyakinan
9 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok