Covid-19: Kes sporadik di seluruh negara membimbangkan

June 6, 2021 · Isu semasa

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melahirkan kebimbangan berhubung peningkatan kematian akibat jangkitan Covid-19 yang dikaitkan dengan kes-kes sporadik kompilasi.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes sporadik adalah kes yang dikesan di dalam komuniti tetapi tidak ada kaitan dengan mana-mana kes atau kluster sedia ada.

“Mutakhir ini, negara berhadapan dengan tren peningkatan mendadak kes baharu Covid-19 dan kes-kes kematian Covid-19 terutamanya selepas 1 April 2021 [Minggu Epidemiologi (ME) ke-13].

“Keadaan ini adalah amat membimbangkan, kerana majoriti kes baharu Covid-19 dan kes kematian Covid-19 adalah merupakan kes-kes-kes sporadik ketika ianya dilaporkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata berdasarkan analisis yang dijalankan didapati jumlah kumulatif kes baharu Covid-19 yang dilaporkan pada ME ke-13 (sehingga 3 April 2021) adalah sebanyak 8,968 kes (52.0 peratus adalah kes sporadik).

Pada ME ke-19, jumlah kes baharu COVID-19 pula adalah sebanyak 29,386 kes (77.7 peratus adalah kes sporadik). Negara kemudiannya merekodkan kes kumulatif mingguan tertinggi setakat ini pada ME ke-21, iaitu sebanyak 53,419 kes di mana 85.1 peratus adalah merupakan kes sporadik, katanya.

“Tren kes-kes sporadik kekal tinggi pada ME ke-22 (sehingga 5 Jun 2021), dengan jumlah kes baharu COVID-19 yang dilaporkan adalah sebanyak 52,040 kes (84.3 peratus adalah kes sporadik),” katanya.

Dr Noor Hisham berkata, bagi kumulatif kes kematian Covid-19 pula, didapati ianya semakin meningkat dari minggu ke minggu.

Katanya, kes kematian akibat Covid-19 yang dilaporkan pada ME ke-13 (sehingga 3 April 2021) adalah sebanyak 35 kes (26 kes sporadik), manakala pada ME ke-19 adalah sebanyak 209 kes (187 kes sporadik).

Beliau berkata, jumlah ini melonjak dan pada ME ke-22 sebanyak 641 kes kematian Covid-19 (559 kes sporadik)

“Salah satu faktor yang menyumbang kepada situasi tersebut adalah berikutan kemunculan varian-varian baharu dalam komuniti dengan kadar kebolehjangkitan dan kematian yang lebih tinggi, selain penularan Covid-19 secara lebih meluas di dalam komuniti berbanding ME yang sebelum,” katanya.

Sehubungan itu beliau mengingatkan masyarakat supaya mengambil serius situasi di mana penularan Covid-19 adalah di dalam komuniti termasuk tempat beli-belah, tempat kerja, dan sebagainya.

“KKM ingin menyeru masyarakat supaya memahami bahawa sesiapa sahaja boleh dijangkiti Covid-19 tidak kira di mana mereka berada. Akibatnya, kita dapat melihat peningkatan kes-kes sporadik dan kematian akibat kes-kes sporadik ini di dalam komuniti,” katanya.

Negara hari ini melaporkan sebanyak 6,241 kes baharu Covid-19 direkodkan sepanjang 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi dengan Selangor mencatat 2,178 kes diikuti Sarawak (600 kes) dan Johor (565).

Sebanyak 87 kes kematian juga direkodkan dalam tempoh itu, turun sedikit berbanding 109 kes semalam.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Radzi arah KSU lapor SPRM dakwaan Zaharin
October 17, 2022
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok