Pandemik Covid-19 memberi kesan kepada kesihatan mental rakyat

June 12, 2021 · Isu semasa

Seorang wanita di Tokyo, Jepun yang dikenali sebagai Eriko Kobayashi pernah cuba membunuh diri sebanyak empat kali.

Kali pertama wanita itu cuba menamatkan riwayatnya adalah ketika dia berusia 22 tahun kerana tertekan dengan masalah kewangan dan kerjaya.

“Ketika itu saya bekerja sepenuh masa di sebuah syarikat penerbitan yang gajinya tidak mencukupi untuk membayar sewa rumah serta membeli barangan keperluan. Saya sangat miskin dan terdesak.

“Saya tidak sedarkan diri selama tiga hari di hospital selepas percubaan pertama untuk bunuh diri,” katanya.

Kini, Kobayashi sudah berusia 43 tahun dan aktif menghasilkan beberapa buku mengenai tekanan menghidap penyakit mental serta kerja tetap yang lebih stabil.

Namun, pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia ketika ini menyebabkan wanita itu mula rasa tertekan dan perasaan tersebut sama seperti yang dialaminya ketika dia cuba bunuh diri sebelum ini.

“Gaji saya dipotong dan saya tidak nampak masa depan saya akan cerah selepas ini. Saya mula rasakan keadaan saya akan kembali seperti dulu yang miskin, terdesak dan benar-benar tidak berupaya,” ujarnya.

Di Jepun, statistik kerajaan menunjukkan insiden bunuh diri sudah melebihi jumlah kematian akibat Covid-19.

Ini kisah di Jepun, bagaimana pula dengan peningkatan kes bunuh diri di Malaysia?

Tahukah anda  bunuh diri merupakan punca kematian tertinggi dalam kalangan belia di Malaysia, dengan kos ekonomi akibat bunuh diri dianggarkan berjumlah RM 346.2 juta pada 2019.

Laporan tersebut  diterbitkan oleh Relate Mental Health Malaysia, dengan kerjasama Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS), ditulis secara bersama oleh Dr. Chua Sook Ning dan Vaisnavi Rao.

Umum mengetahui, wabak Covid-19 dan kesannya kepada landskap sosio-ekonomi Malaysia sangat mendadak. Sekatan pergerakan, langkah-langkah penjarakan fizikal, keruntuhan ekonomi, peningkatan kes hilang pekerjaan, dan perubahan berkaitan pelajaran bagi kanak-kanak dan belia telah meningkatkan tahap tekanan dalam kalangan rakyat Malaysia, terbukti melalui peningkatan kes bunuh diri sejak Mac 2020. Cabaran terhadap bunuh diri belia juga telah ditekankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Walaupun dengan kos ekonomi dan kos emosi yang tinggi, bunuh diri masih lagi dikategorikan sebagai satu perlakuan jenayah di Malaysia di bawah Seksyen 309 Kanun Keseksaan. Bukti menunjukkan bahawa penjenayahan bunuh diri mengurangkan tingkah laku mendapatkan bantuan, menghalang pengumpulan data yang tepat, dan menyekat pembangunan serta pelaksanaan strategi-strategi pencegahan bunuh diri yang berkesan.

Pelbagai faktor yang berhubung kait meningkatkan risiko bunuh diri, termasuk umur, jantina, etnik, isu kesihatan mental, dan pengangguran memberikan penekanan bahawa strategi pencegahan diperlukan untuk mengguna pakai satu pendekatan sosial dan kesihatan awam yang menyeluruh.

Walaupun ketidaktentuan krisis dunia ini masih belum berakhir, strategi pencegahan menyeluruh diperlukan untuk melindungi kesejahteraan golongan belia dalam negara kita dan mengekang peningkatan wabak senyap bunuh diri ini.

Pengasas Relate Malaysia dan ahli psikologi klinikal, Dr. Chua Sook Ning berkata, peningkatan trend bunuh diri dalam kalangan belia di Malaysia telah menjadikannya satu keperluan moral untuk para pembuat dasar negara ini untuk mengambil tindakan pantas dan menangani krisis ini.

“Memandangkan Malaysia merupakan satu populasi yang sedang menua, kita harus menyediakan sokongan dan perkhidmatan berkualiti yang dapat memberikan bantuan sewajarnya kepada para belia yang sedang bergelut.

“Hal ini termasuk nyah jenayah perbuatan bunuh diri. Undang-undang semasa menghalang rakyat dari mendapatkan bantuan yang diperlukan kerana takut dimalukan dan didakwa melakukan perbuatan jenayah.

“Para pembuat dasar serta komuniti kesihatan mental harus bekerjasama untuk memastikan perubahan yang diperlukan berjaya dilakukan. Sekadar meningkatkan kesedaran tidak mencukupi, kita perlu mengambil tindakan segera jika berharap untuk menterbalikkan trend yang membimbangkan ini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif IDEAS, Tricia Yeoh berharap agar pembuat dasar negara ini akan mengiktiraf sikap kesegeraan berkenaan fenomena bunuh diri dalam kalangan belia di Malaysia serta mengambil serius saranan yang kami kemukakan dalam kertas laporan ini termasuk keperluan untuk nyah jenayah perbuatan bunuh diri.

“Hal ini menjadi semakin penting disebabkan pengasingan dan tekanan yang berhubung kait dengan Covid-19. Kami juga menantikan IDEAS untuk turut sama menyumbang dalam dasar awam berkenaan kesihatan mental secara amnya dalam masa terdekat,” jelasnya.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Radzi arah KSU lapor SPRM dakwaan Zaharin
October 17, 2022
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok