Cadangan PMX cagar KWSP membimbangkan kesatuan bank, faedah mungkin tinggi

March 10, 2023 · Isu semasa

Pencarum berkemungkinan kadar faedah tinggi jika cadangan cagaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dilaksanakan seperti diumumkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kesatuan Pekerja Bank Sarawak (SBEU) bimbang dengan cadangan dibuat Perdana Menteri semalam yang dibuat tanpa penelitian sewajarnya selain institusi kewangan belum pasti sanggup mengeluarkan pinjaman kepada pencarum KWSP.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Andrew Lo berkata skim caruman KWSP dilindungi Akta KWSP antara lain melindungi dana itu daripada kebankrapan, jika pencarum tidak mampu membayar hutang.

“Adakah bank bersedia memberi pinjam kepada mereka yang mahu menjadikan caruman mereka sebagai cagaran?

“Memandangkan skim (cagaran) itu dikatakan bagi golongan terdesak bagi mendapatkan pinjaman, bukankah meletakkan mereka pada kedudukan paling berisiko tidak dapat melunaskan hutang?” katanya dalam kenyataan.

Semalam, Anwar yang juga Menteri Kewangan ketika menggulung perbahasan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat, berkata kerajaan akan memperkenalkan kaedah membolehkan pencarum KWSP menggunakan wang caruman mereka sebagai cagaran kepada bank bagi tujuan pembiayaan.

Kaedah itu boleh ditawarkan kepada pencarum KWSP yang terdesak untuk mendapatkan pinjaman kewangan dengan cagaran daripada agensi terbabit.

“Pada prinsipnya, saya tidak setuju pengeluaran khas dana simpanan persaraan rakyat.

“Bagaimanapun, saya akan pastikan KWSP memberikan ruang bagi pencarum yang mempunyai wang dan dalam keadaan terdesak untuk pinjam daripada bank dengan kolateral atau jaminan cagaran daripada wang KWSP,” katanya menurut Bernama.

Mengulas lanjut Lo berkata, pencarum juga dijangka dikenakan kadar faedah tinggi, melebihi kadar dividen KWSP sendiri.

“Jadi, pencarum berdepan pula kedudukan buruk kewangan mereka,” katanya.

“Selain itu, kadar hutang isi rumah sudah mencapai tahap membimbangkan”.

Beliau berkata, sebahagian besar pendapatan sudah diperuntukkan bagi melunaskan komitmen bulanan melibatkan rumah, kenderaan dan pinjaman lain.

Hari ini, KWSP dalam kenyataan berkata, pihaknya sedang menilai dan memperincikan pelaksanaan kemudahan penggunaan baki caruman dalam Akaun 2 ahlinya untuk dijadikan cagaran membuat pinjaman peribadi bagi mereka yang memerlukan bantuan tunai.

“KWSP ambil maklum perkembangan ini dan akan mempertimbangkan semua faktor relevan bagi memastikan pelaksanaan yang lancar. Maklumat lanjut mengenai pelaksanaan kemudahan ini akan diumumkan KWSP pada masa akan datang,” katanya.

Berita berkaitan
Ramai stres kos sara hidup tinggi, sekolah buka serentak Ramadan
23 jam lalu· Isu semasa
Empat bulan saya bersabar, kata PMX bidas pengkritik kerajaan campuran
March 18, 2023· Politik
Cagar caruman KWSP untuk pinjaman idea tidak masuk akal
March 15, 2023· Isu semasa
PMX pertahan cadangan cagar KWSP untuk buat pinjaman
March 11, 2023· Isu semasa
Popular
Isteri pelakon bawa watak Anwar mohon cerai: Laporan
March 20, 2023
Selama tiga minggu berturut-turut pelabur asing lari dari Malaysia
March 20, 2023
Kempen antirasuah Anwar hanya mahu singkir pembangkang: Tun M
March 20, 2023
Che’gu Bard dakwa Anwar, DAP lindungi kesalahan menteri KBS
March 20, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Indira kemuka saman 8 negeri tuntut isytihar tukar agama unilateral tak sah
7 jam lalu · Isu semasa
Kos haji bagi B40 kekal RM10,980 dengan RM400 juta peruntukan bantuan
10 jam lalu · Isu semasa
Jangan kata kita nak bunuh TnG, kata Loke
10 jam lalu · Isu semasa
Che’gu Bard dakwa Anwar, DAP lindungi kesalahan menteri KBS
11 jam lalu · Isu semasa
Kempen antirasuah Anwar hanya mahu singkir pembangkang: Tun M
12 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anak muda pantang ditipu, lebih yakin dengan Perikatan
17 jam lalu
[VIDEO] Sertai Pakatan dakyah ‘cybertrooper’, PAS tawakal dengan Bersatu
21 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok