Bursa Malaysia diniaga rendah pagi ini, ringgit pula dibuka tinggi

August 15, 2022 · Isu semasa

Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin (15 Ogos) berikutan minat belian untuk mata wang tempatan berterusan, disokong oleh data pertumbuhan ekonomi yang menggalakkan dan sentimen lega bagi dolar AS berikutan data inflasi terkini, kata penganalisis.

Pada jam 9 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.4430/4480 berbanding dolar AS daripada penutupan Jumaat pada 4.4435/4455, lapor Bernama.

Menurut laporan, memandangkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) positif sebanyak 8.9 peratus pada suku kedua 2022 (S2 2022), Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz menjangkakan pertumbuhan Malaysia akan terus meningkat pada suku ketiga 2022, dipacu oleh penggunaan swasta.

Minggu lalu, Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus berkata ringgit kekal stabil secara relatifnya berbanding mata wang rakan dagangan utama Malaysia, walaupun persekitaran dolar AS lebih kukuh.

Sementara itu, ringgit menyaksikan dagangan bercampur-campur berbanding sekumpulan mata wang utama pagi ini.

Ia jatuh berbanding dolar Singapura kepada 3.2424/2465 daripada 3.2406/2428 pada penutup Jumaat, dan lemah berbanding yen Jepun kepada 3.3956/3439 daripada 3.3292/3310 sebelumnya.

Bagaimanapun, mata wang tempatan menambah nilai berbanding pound Britain kepada 5.3956/4017 daripada 5.3975/3999 pada Jumaat dan meningkat sedikit berbanding euro pada 4.5621/5672 daripada 4.5759/5780 sebelumnya.

Sementara itu, kemunculan aktiviti pengambilan untung membabitkan kaunter wajaran tinggi terpilih selepas kenaikan kukuh pada penutupan urus niaga pada Jumaat minggu lepas, mendorong Bursa Malaysia diniagakan rendah sedikit pagi ini.

Pada jam 9.23 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.30 mata kepada 1,503.89 daripada 1,506.19 yang diraih Jumaat lepas.

Indeks utama itu bagaimanapun naik sedikit sebanyak 0.23 mata pada 1,506.42 ketika sesi pembukaan.

Pergerakan harga di pasaran secara keseluruhan menyaksikan kaunter rugi mengatasi untung 194 berbalas 165 manakala 314 kaunter tidak berubah, 1,604 tidak diniagakan dan 18 yang lain digantung.

Jumlah dagangan adalah sebanyak 308.34 juta unit bernilai RM169.91 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Thong Pak Leng berkata FBM KLCI dijangka terus berdaya tahan dan mengekalkan aliran menaik hari ini, berlegar dalam julat 1,510-1,520.

“Wall Street pulih pada hari Jumaat kerana ramai yang percaya inflasi Amerika Syarikat (AS) mungkin telah memuncak. Disebabkan itu, Purata DJI meningkat 424 mata manakala Nasdaq memperoleh 267 mata apabila hasil 10 tahun AS susut sedikit kepada 2.84 peratus,” katanya.

Dari segi sektor, Thong menyatakan saham syarikat telekomunikasi — terutamanya operator rangkaian yang mempamerkan prestasi rendah sejak kebelakangan ini, dijangka telah tiba masanya untuk pengumpulan hasil.

Berita berkaitan
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024· Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024· Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Popular
Dr. Sheikh Muszaphar kongsi cara didik anak
October 5, 2021
Usahawan PMKS, pekerja sokong syor Muhyiddin mudahkan bantuan
October 23, 2022
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Tak penting pendapat orang, kata Nazri selepas dilantik duta AS
February 10, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok