Bukit Aman siasat Twitter dakwa 41 guru meninggal kerana vaksin

October 10, 2021 · Isu semasa

Bukit Aman mengesahkan sedang menjalankan siasatan terhadap laporan polis dibuat Kementerian Kesihatan (KKM) berhubung ciapan pemilik akaun Twitter yang mendakwa 41 guru meninggal dunia akibat vaksin.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata siasatan dilakukan berhubung ciapan pemilik akaun Twitter Khalid@Khalids mengandungi kenyataan tidak benar mengenai senarai 41 kematian guru disebabkan oleh vaksin.

“Ciapan yang dimuat naik pada 8 Oktober 2021 itu mempunyai 52 retweets, 1,168 quote tweets dan 70 likes mengundang pelbagai reaksi dan maklum balas warganet,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Menurutnya siasatan dijalankan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana memfitnah, Seksyen 505 (c) Kanun Keseksaan kerana dengan niat hendak mengapikan atau mungkin mengapikan mana-mana golongan atau kaum melakukan sesuatu kesalahan terhadap mana-mana golongan atau kaum lain.

Abd Jalil juga berkata siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penyalahgunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya cakna dan peka terhadap pihak yang cuba mengganggu kelancaran program vaksinasi yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan.

“Orang ramai juga digesa untuk menjadi pengguna media sosial yang bijak, berhemah dan tidak menggunakan platform terbabit untuk menyebarkan sebarang maklumat yang tidak dipastikan sumber kesahihannya sehingga boleh mendatangkan kegentaran awam serta menggugat keharmonian negara,” katanya.

Beliau memberi amaran tindakan tegas tanpa kompromi bakal diambil terhadap mana-mana individu yang sengaja menggugat ketenteraman serta keselamatan awam.

Berita berkaitan
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Agus dipanggil beri keterangan esok terhadap dakwaan gangguan seksual
December 13, 2023· Politik
Popular
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
MB Perlis cerai isteri talak satu
August 25, 2022
PN akan terus desak caruman KWSP bersasar dibenarkan
March 16, 2023
Benar ke Najib kontak rapat Covid-19, tapi kereta berderet depan rumah
December 7, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok