Budak 3 tahun kes pertama gelembung pelancongan Langkawi

September 30, 2021 · Isu semasa

Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun dari Nilai, Negeri Sembilan menjadi kes pertama positif Covid-19 menerusi Projek Rintis Gelembung Pelancongan Domestik Langkawi.

Kanak-kanak itu tiba di Langkawi bersama ibu bapanya pada jam 7.30 malam, 24 September lalu dengan penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2), menurut siasatan Pejabat Kesihatan Daerah Langkawi (PKDLangkawi).

Pengarah Kesihatan Kedah Dr Othman Warijo berkata pada 25 September, kanak-kanak itu mula mengalami demam dan dibawa mendapatkan rawatan pada 26 September sebelum disahkan positif Covid-19.

“Sehingga hari ini, hanya satu kes positif dilaporkan melibatkan pelancong ke Langkawi dan tidak ada penularan dalam kalangan ahli keluarga,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pesakit dilaporkan bergejala ringan dan diletakkan di bawah pemantauan Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) Daerah Langkawi manakala kontak rapat yang lain tidak bergejala dan semuanya telah lengkap vaksinasi.

Katanya hasil siasatan mendapati selain ibu bapanya, terdapat tiga saudara yang merupakan penduduk tempatan di pulau pelancongan itu menjadi kontak rapat kepada kanak-kanak berkenaan.

“Kesemua lima kontak rapat telah diambil swab dan diberikan arahan kuarantin selama 10 hari. Hasil keputusan swab kontak rapat adalah negatif,” katanya.

Beliau berkata hasil siasatan juga mendapati kemungkinan jangkitan ke atas kanak-kanak itu berlaku sebelum melancong ke Langkawi dan siasatan lanjut serta pengesanan kontak rapat masih diteruskan.

Katanya ibu bapa kanak-kanak itu telah mendapat vaksinasi lengkap dan bukannya kes positif Covid-19 ataupun kontak rapat kepada kes positif virus berkenaan serta tidak bergejala.

“Saringan RTK-Antigen menggunakan air liur ke atas ibu bapa kanak-kanak ini telah dijalankan di KLIA2 iaitu sebelum berlepas ke Langkawi dan disahkan negatif.

“Dimaklumkan, kanak-kanak ini tidak mengalami gejala sebelum perjalanan dan semasa saringan kesihatan di KLIA2 sebelum berlepas ke Langkawi,” katanya.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Minyak botol vs minyak peket
July 20, 2022
Skandal LCS: TLDM kalah bertempur sejak awal, kata bekas panglima
August 15, 2022
PN akan terus desak caruman KWSP bersasar dibenarkan
March 16, 2023
Bekas ketua hakim negara cemas di kandang saksi, lapor Bernama
April 12, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok