Bekas Timbalan Presiden MIC, S. Subramaniam meninggal dunia

July 6, 2022 · Isu semasa

Bekas timbalan presiden MIC Tan Sri S. Subramaniam meninggal dunia di rumahnya di Petaling Jaya, Selangor malam ini pada usia 78 tahun.

Ahli Majlis Tertinggi MIC L. Sivasubramaniam yang mengesahkan perkara itu berkata mendiang yang diserang strok pada 2011 dan terlantar sejak itu meninggal dunia dalam tidur, kira-kira 8 malam tadi, lapor Bernama.

“Hampir 11 tahun beliau lumpuh dan terlantar, beliau meninggal di rumahnya. Upacara pengebumian pada Khamis (7 Julai),” katanya ketika dihubungi Bernama.

Mendiang Subramaniam meninggalkan isteri Puan Sri Tina Subramaniam, 70, dua anak lelaki dan seorang anak perempuan.

Subramaniam pernah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Damansara dan Segamat antara tahun 1974 hingga 2004.

Subramaniam juga pernah memegang jawatan timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Kerajaan Tempatan dan Wilayah Persekutuan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kementerian Pertanian serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Dalam arena politik, Subramaniam mula menjadi ahli MIC pada tahun 1962 dan pernah menyandang jawatan sebagai setiausaha agung, naib presiden dan timbalan presiden.

Sementara itu, Setiausaha Agung MIC R.T Rajasekaran berkata MIC melahirkan rasa simpati dan mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang.

“Parti kami bersimpati kepada keluarga (mendiang) dan tentulah kita perlu mengingati perkhidmatan Tan Sri Subramaniam kepada negara dan juga parti,” katanya.

Berita berkaitan
ADUN Jepak di Sarawak meninggal dunia: Laporan
September 15, 2023· Isu semasa
Bekas Ahli Parlimen Jasin meninggal dunia
August 29, 2023· Isu semasa
Selepas dibidas MCA dan MIC, Azalina kata UMNO guna logo sendiri cadangan sendiri
August 24, 2023· Politik
UMNO dipersilakan bertanding guna logo sendiri dalam pilihan raya: MIC
August 23, 2023· Politik
Popular
Dr. Sheikh Muszaphar kongsi cara didik anak
October 5, 2021
Usahawan PMKS, pekerja sokong syor Muhyiddin mudahkan bantuan
October 23, 2022
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Lelaki juga berisiko alami gangguan seksual
February 13, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok