Selepas dibidas MCA dan MIC, Azalina kata UMNO guna logo sendiri cadangan sendiri

August 24, 2023 · Politik

Cadangan UMNO menggunakan logo sendiri pada pilihan raya selepas ini adalah pandangan peribadinya, kata Datuk Seri Azalina Othman Said.

Ketua Penerangan UMNO itu menjelaskan pandangan tersebut bukan pendirian rasmi partinya, ia ekoran kritikan rakan komponen MCA dan MIC terhadap cadangan tersebut.

Beliau berkata, perkara itu bukan kesalahan kerana sudah menjadi amalan demokrasi dalam UMNO untuk bebas memberi pandangan.

“Apa yang saya cakap, saya memberikan situasi yang mana apakah sebenarnya sebagai ahli UMNO, apakah senario yang berkemungkinan berlaku pada masa hadapan.

“Ini pandangan saya sebagai ahli UMNO dan bukan pandangan rasmi UMNO mahu pun pandangan rasmi BN.

“Saya agak terperanjat (apabila ada yang tidak setuju) sebab dalam UMNO kami parti demokrasi, maknanya kita ada syarat, ada pertandingan dan kita membenarkan ahli UMNO memberikan pandangan tapi perlulah pandangannya betul,” katanya dipetik laporan Sinar Harian.

Pada Selasa, Azalina menerusi catatan di Facebook membangkitkan persoalan adakah sudah tiba masa untuk UMNO bertanding atas tiket UMNO pada pilihan raya akan datang, atau masih bawah bendera Barisan Nasional (BN).

Perkara dibangkitkan Azalina mendapat reaksi pemimpin komponen BN – Naib Presiden MIC, Datuk T Mohan, yang menyatakan partinya tidak ada halangan bagi UMNO menggunakan logo sendiri apabila bertanding di kawasan majoriti Melayu.

Namun, beliau menegaskan sejak puluhan tahun konsep BN adalah “kebersamaan”.

Bagaimanapun, rakan sejawat Mohan dalam MCA, Datuk Ti Lian Ker, berkata apa dicadangkan Azalina perlu dibincang terlebih dahulu secara strategik, bukan dicadangkan terbuka.

Berita berkaitan
Jangan gopoh, kata Mat Sabu ulas gesaan halang warga asing beli beras
3 jam lalu· Isu semasa
Kemenangan Ahli Parlimen Kemaman di batalkan mahkamah
3 jam lalu· Politik
Seorang pemimpin Melayu DAP kata tak salah Howard Lee petik ayat al-Quran
September 25, 2023· Politik
Wartawan dan kumpulan media bidas SKMM beri tekanan terhadap portal berita
September 25, 2023· Isu semasa
Popular
Kemenangan Ahli Parlimen Kemaman di batalkan mahkamah
September 26, 2023
Peguam Bersatu dakwa PMX sasarkan MP Putrajaya secara sistematik selepas dikecam
September 25, 2023
Apa pendirian sebenar kerajaan berkaitan ideologi LGBT? soal PAS kepada Anwar
September 25, 2023
SPRM sudah rekod kenyataan saya minggu lepas, Sanusi sahkan
September 25, 2023
Lagi Politik terkini
Fadhli dipanggil beri keterangan berhubung himpunan anti-Zahid
5 jam lalu · Politik
SPRM sudah rekod kenyataan saya minggu lepas, Sanusi sahkan
September 25, 2023 · Politik
Peguam Bersatu dakwa PMX sasarkan MP Putrajaya secara sistematik selepas dikecam
September 25, 2023 · Politik
SPR tetapkan PRK DUN Jepak pada 4 November
September 25, 2023 · Politik
Apa pendirian sebenar kerajaan berkaitan ideologi LGBT? soal PAS kepada Anwar
September 25, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Saya bukan saintis, boleh belajar proses REE dari Lynas, kata menteri
September 26, 2023
[VIDEO] Saya bukan orang jahat, SPRM tanya empat soalan REE, kata Sanusi
September 25, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok