Bekas KPN bantah jika kerajaan PH-BN berhasrat hapus SOSMA

December 27, 2022 · Isu semasa

Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan membantah sekiranya kerajaan Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) mau menghapuskan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Beliau memberi peringatan bahawa undang-undang berkenaan masih diperlukan bagi menjaga keselamatan negara daripada keganasan yang digerakkan penjenayah secara berkumpulan atau individu.

Musa yang mengetuai Polis Diraja Malaysia mulai 2006 hingga 2010 bagaimanapun, menyokong sekiranya kerajaan mengkaji semula peruntukan dalam SOSMA.

“SOSMA masih diperlukan untuk menjaga keselamatan negara daripada jenayah keganasan yang digerakkan secara berkumpulan dan individu.

“Saya menganggap bahawa SOSMA patut dikekalkan, kaji semula untuk memperbaiki perlu kalau nak, bukan kaji semula untuk dihapuskan. Sebab kalau hapuskan kita tidak akan ada undang-undang menjaga keselamatan negara.

“Amerika Syarikat pun ada undang-undang seumpama SOSMA, polis negara berkenaan boleh tahan sesiapa di mana-mana negara jadi kenapa kita tidak boleh guna SOSMA untuk jaga negara sendiri?” katanya menurut MalaysiaGazette.

Beliau yang juga Presiden Pertubuhan Keprihatinan Jenayah Komuniti Malaysia (MCCC) berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan Pusat Pengumpulan Bantuan Banjir, di Dewan Masjid Al-Mukhlisin, Alam Damai, di Kuala Lumpur, hari ini (27 Disember 2022).

Mengulas lanjut beliau berkata, kuasa polis untuk menahan tertuduh selama 28 hari merupakan peruntukan dalam SOSMA yang wajar dikekalkan kerana tempoh berkenaan akan digunakan oleh pihak berkuasa itu untuk menjalankan siasatan.

“Selalunya mereka (penjenayah keganasan) ada ketua, ada orang-orang bawah, jadi untuk melumpuhkan kumpulan tersebut, polis perlu masa yang panjang untuk menyiasat.

“Itu sebab dalam SOSMA, pihak polis boleh menahan tertuduh 28 hari untuk siasatan dijalankan. Selepas itu polis boleh tuduh di mahkamah, kerana ada yang kata sudah ada prosedur jenayah di mana polis boleh menahan individu selama 14 hari. Tempoh ini tidak cukup untuk polis siasat,” jelasnya.

Terdahulu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Ramkarpal Singh dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dilaporkan bersetuju supaya peruntukan dalam SOSMA dikaji semula berikutan terdapat pelbagai aspek dalam peruntukan tersebut menerima kritikan terutama dalam isu mengehadkan pemberian jaminan.

Saifuddin sebelum ini dilaporkan memberi bayangan akta berkenaan tidak akan disemak kembali dan menyatakan individu yang ditahan boleh mengambil khidmat peguam sekiranya dihadapkan ke mahkamah.

Bagaimanapun, Timbalan Pengerusi DAP, Gobind Singh Deo meminta Saifuddin mempertimbangkan keputusan tersebut kerana ia bertentangan pendirian PH yang tidak bersetuju dengan mekanisme dalam akta berkenaan.

Berita berkaitan
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024· Politik
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
PN tiada dana untuk mulakan langkah tukar kerajaan, kata Hadi
January 5, 2024· Politik
Popular
Rakyat Malaysia terbabit kumpulan Al-Shabaab di Somalia kena 15 tahun
September 24, 2021
Johor mungkin kembali cuti Sabtu, Ahad, Jumaat kerja separuh hari
June 21, 2022
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
7 jam lalu · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
7 jam lalu · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok