Bekas CEO bank direman disyaki terima rasuah RM24 juta

July 23, 2022 · Isu semasa

Mahkamah Majistret Putrajaya membenarkan permohonan reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap seorang bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) bank hari ini.

Bekas CEO bergelar Datuk itu direman selama tiga hari bagi membantu siasatan berhubung kes penerimaan rasuah lebih RM24 juta sebagai balasan meluluskan pinjaman RM294 juta yang dibuat sebuah syarikat tempatan.

Majistret R Prabakaran membenarkan suspek direman bermula hari ini hingga Isnin selepas SPRM mengemukakan permohonan itu, menurut laporan BH.

Lelaki berusia dalam lingkungan 50-an itu adalah suspek keempat yang ditahan selepas tiga individu, termasuk seorang CEO wanita direman berkaitan kes sama pada 19 Julai lalu.

Menurut sumber, bekas CEO itu ditahan di rumahnya di Ipoh, Perak, kira-kira jam 4 petang semalam.

Sementara itu di mahkamah sama, Majistret turut membenarkan suspek wanita yang juga CEO sebuah syarikat, disambung reman selama tiga hari bermula hari ini, manakala dua lagi suspek dibebaskan dengan masing-masing dikenakan ikat jamin RM15,000.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Pengubahan Wang Haram dan Pelucuthakan Harta (AMLA) SPRM, Mohamad Zamri Zainul Abidin, ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 16 (a)(A) Akta SPRM 2009.

Selasa lalu, SPRM menahan tiga individu termasuk CEO anak syarikat sebuah bank, yang kemudian direman lima hari bagi membantu siasatan kes penerimaan rasuah lebih RM24 juta.

Mereka adalah CEO wanita berusia 50-an, lelaki berusia 58 tahun yang tidak bekerja, dan perunding kewangan berumur 53 tahun.

Berita berkaitan
Identiti ‘Mr H’ rahsia dan tidak akan didedah, kata KPN
November 30, 2023· Politik
Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara
November 29, 2023· Isu semasa
Kritik kes mahkamah Zahid, seorang pemimpin Bersatu bakal didakwa pada Jumaat
November 24, 2023· Politik
Anwar puas hati tiada menteri terlibat rasuah, perbicaraan rasuah Zahid dihentikan?
November 24, 2023· Politik
Popular
Laporan Wahab dakwa Agus buat gangguan seksual disiasat polis
December 1, 2023
Penganggur didakwa edar dadah Methamphetamine lebih 10 kg
December 1, 2023
Banjir di Johor: 538 orang dipindahkan ke PPS, paras sungai naik
December 1, 2023
Jutawan rakan baik Anwar beli saham rangkaian hotel terkait Zahid
July 6, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Laporan Wahab dakwa Agus buat gangguan seksual disiasat polis
10 jam lalu · Isu semasa
Banjir di Johor: 538 orang dipindahkan ke PPS, paras sungai naik
17 jam lalu · Isu semasa
Penganggur didakwa edar dadah Methamphetamine lebih 10 kg
17 jam lalu · Isu semasa
Bekas ADUN DAP disabit kes rogol lantik Hisyam Teh ketuai pasukan pembelaan
17 jam lalu · Isu semasa
SPR jangka 70 peratusan keluar pengundi pada PRK Kemaman esok
17 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Mahathir di Grand Finale PRK Kemaman
22 minit lalu
[VIDEO] UMNO sepatutnya tadbir negara bersama PN, bukan dengan DAP
13 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok