Bazar Ramadan di Wilayah Persekutuan tahun ini dibenarkan

February 8, 2022 · Isu semasa

Bazar Ramadan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan dibenarkan beroperasi pada tahun ini dengan mengguna pakai prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 sedia ada, kata Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim.

Beliau berkata lesen bagi pengoperasian Bazar Ramadan akan diberikan kepada individu yang ingin berniaga bagi menggerakkan aktiviti ekonomi di Wilayah Persekutuan, lapor Bernama.

“Bazar Ramadan akan dibuka seluas-luasnya untuk yang ingin berniaga. Jika dapat lesen berniaga, mereka perlu berniaga dan jangan beri orang lain berniaga.

“Sekarang adalah pasca Covid-19 dan kita perlu gerakkan aktiviti ekonomi,” katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan Agrobazaar dan Karnival Trak Makanan Putrajaya, di sini hari ini.

Pada tahun lepas, pengoperasian Bazar Ramadan di semua Wilayah Persekutuan dibenarkan dengan pematuhan SOP ketat antaranya kawalan keluar masuk pengunjung dan penjarakan fizikal.

Mengenai kebimbangan peningkatan kes Covid-19, Shahidan berkata Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) turut memantau rapi perkembangan itu dan menasihatkan orang ramai agar tidak berkunjung ke tempat tumpuan umum bagi mengekang penularan wabak tersebut.

“Aktiviti perniagaan akan terus berjalan, namun perjumpaan dalam skala besar perlu dielakkan,” katanya.

Terdahulu, Shahidan menanam pokok tekoma atau nama saintifiknya Tabebuia Rosea yang terkenal dengan nama julukan pokok Sakura Malaysia, di pesisiran Tasik Putrajaya, Presint 2 di sini sempena kempen penanaman 400,000 pokok di Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Menurut Perbadanan Putrajaya (PPj), pokok yang ditanam Shahidan merupakan pokok ke-50,000 yang ditanam di Putrajaya.

Berita berkaitan
Berpuasa tetapi berat badan bertambah? Di mana silapnya?
April 21, 2023· Isu semasa
Bazar meriah tapi kuasa membeli tiada
April 20, 2023· Isu semasa
Ayam cukup bekalan sehingga Aidilfitri, kata Menteri
March 26, 2023· Isu semasa
57 notis kompaun dikenakan terhadap peniaga bazar di Kelantan
April 17, 2022· Isu semasa
Popular
Gabenor BNM, jangan bagi kenyataan gula-gula, tegur MP kerajaan
May 28, 2023
KBS jawab Ismail Sabri, peruntukan RM20 juta bina litar tak pernah diluluskan
May 29, 2023
Hadi ucap tahniah atas kemenangan Erdogan
May 29, 2023
Kerajaan perlu telus, banyak persoalan LCS belum terjawab : TI-M
May 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Menu Rahmah berjaya turun inflasi harga makanan, kata Salahuddin
1 jam lalu · Isu semasa
Ringgit ditutup rendah, harga minyak juga jatuh
3 jam lalu · Isu semasa
Projek Aerotropolis: Sanusi kata susah betul nak dapat jumpa PMX
3 jam lalu · Isu semasa
Raja Arshad dilantik sebagai Pengerusi baharu PNB bermula 1 Jun
3 jam lalu · Isu semasa
Zahid mahu SKMM ambil tindakan terhadap Telegram
3 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] KJ syor Tengku Zafrul calon MB Selangor jika PH-BN menang di Selangor
7 jam lalu
[VIDEO] UMNO salah langkah, akan tersasar jika terus bersama DAP
May 28, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok