Bantuan JKM sudah sampai kepada 517,769 penerima tahun ini

July 2, 2021 · Isu semasa

Bantuan yang disalurkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bernilai RM1.1 bilion sejak Januari hingga Mei tahun ini sudah diterima 517,769 individu di seluruh negara.

Permohonan bantuan untuk tempoh tersebut menunjukkan peningkatan ketara, malah daripada jumlah tersebut terdapat lebih 22,000 permohonan yang diluluskan oleh JKM, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun.

“Ini yang agak merisaukan dan kita tahu ramai yang terjejas…Kita fokus kepada kumpulan miskin tegar (dahulu),” katanya lapor Bernama.

Terdahulu, Rina melawat dan menyampaikan bantuan kebajikan kepada keluarga ibu tunggal di flat Program Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi hari ini.

Dalam program sama, Rina menyampaikan surat kelulusan Bantuan Kanak-kanak kepada empat penama yang akan menerima bantuan kewangan setiap bulan bermula Julai selama setahun bergantung kepada jumlah serta umur tanggungan masing-masing.

Seorang daripada penerima Noorlin Abdul Razak, 40, berkata bantuan RM1,000 sebulan yang diterima menerusi Bantuan Kanak-kanak itu akan digunakan sebaiknya bagi menampung perbelanjaan keenam-enam anaknya.

Menjalani perniagaan kecil-kecilan menjual popia sejuk beku sejak tahun lepas, dia berkata amalan menabung sentiasa diterapkan kepada anak-anaknya yang berusia lingkungan tiga hingga 11 tahun.

“Setelah ditinggalkan suami pada awal tahun, saya tidak boleh keluar bekerja kerana anak-anak memerlukan jagaan saya. Dengan berniaga, ada pendapatan walaupun sedikit untuk belanja anak-anak. Alhamdulillah, duit tak pernah putus walaupun RM10.

“Bantuan JKM sebegini memberi semangat untuk saya sebagai ibu tunggal dan anak-anak supaya bangkit meskipun berdepan dengan situasi sukar tatkala COVID-19 ini,” katanya yang turut menjaga ibunya berusia 66 tahun di flat PPR itu.

Berita berkaitan
PAS bidas Anwar kekal jadi Menteri Kewangan, dulu kata nak berjimat
December 12, 2023· Politik
Speaker Dewan Negara tegur menteri tak hadir sidang
December 11, 2023· Politik
Waris bayi ditinggalkan tepi longkang sedang dicari
December 5, 2023· Isu semasa
Anwar puas hati tiada menteri terlibat rasuah, perbicaraan rasuah Zahid dihentikan?
November 24, 2023· Politik
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Radzi arah KSU lapor SPRM dakwaan Zaharin
October 17, 2022
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok