Banjir: Polis Terengganu buat persiapan awal sekiranya balai dan pondok dinaiki air

November 22, 2023 · Isu semasa

Polis Terengganu telah melakukan persiapan awal bagi menghadapi banjir terutama di enam balai dan pondoknya di seluruh negeri yang kerap ditimpa bencana itu.

Timbalan Ketua Polis Terengganu Datuk Wan Rukman Wan Hassan berkata antara yang dilakukan menyimpan semua fail, rekod, dan dokumen penting serta komputer di tempat selamat bagi mengelakkan ditenggelami air, lapor Bernama.

“Balai dan pondok polis yang sering terjejas setiap kali musim tengkujuh adalah Balai Polis Kuala Jengal dan Pondok Polis Pasir Raja di Dungun; Pondok Polis Manir di Kuala Terengganu; Balai Polis Air Puteh di Kemaman; Pondok Polis Felda Tenang dan Balai Polis Trafik Jerteh di Besut,” katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Kuala Besut di sini hari ini.

Bagaimanapun, katanya setakat ini tiada balai dan pondok polis yang terjejas pada fasa pertama banjir musim ini yang bermula Isnin lepas.

Dalam pada itu, beliau berkata seramai 1,227 pegawai dan anggota polis terlibat dalam penugasan banjir pada musim tengkujuh kali ini di seluruh Terengganu.

Wan Rukman berkata semua anggota di negeri ini juga diarahkan melakukan rondaan berterusan di kawasan yang dinaiki air, bukan sahaja untuk memantau keadaan banjir malah mengelakkan berlakunya kecurian di rumah mangsa yang berlindung di PPS.

“Setakat ini kita tidak menerima sebarang laporan berkaitan kejadian pecah rumah atau kecurian membabitkan rumah mangsa banjir,” katanya yang turut menasihatkan ibu bapa memantau anak mereka agar tidak bermain banjir bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

Setakat ini, Terengganu merekodkan 4,487 mangsa daripada 1,181 keluarga ditempatkan di 32 PPS di lima daerah terjejas iaitu di Kuala Nerus sebanyak 1,705 orang, Kuala Terengganu (1,153 orang), Marang (927 orang), Besut (679 orang) dan Dungun (23 orang).

Berita berkaitan
278 mangsa banjir di tiga negeri masih ditempatkan di PPS
January 17, 2024· Isu semasa
Banjir Kelantan: Penduduk di Kuala Krai terputus hubungan, jalan tenggelam
December 27, 2023· Isu semasa
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
November 29, 2023· Isu semasa
Popular
MP PAS gesa batal kebenaran cabutan 22 kali judi
September 28, 2021
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Kenapa harga ayam meningkat?
May 26, 2022
Permohonan pinjaman cagaran KWSP diluluskan MBSB bernilai RM561 juta
May 9, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok