Banjir di Johor semakin pulih, 977 mangsa masih di 10 PPS

February 2, 2023 · Isu semasa

Situasi banjir di Johor kembali pulih sedikit hari ini, dengan hanya sebatang sungai sahaja melepasi paras bahaya dan dua jalan raya ditutup kepada semua lalu lintas.

Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Azmi Rohani berkata sehingga jam 8 pagi tadi (2 Februari 2023), seramai 977 mangsa banjir daripada 273 keluarga dipindahkan ke 10 pusat pemindahan sementara (PPS).

Jumlah mangsa yang dipindahkan tidak banyak berubah sejak 8 malam semalam, di mana terdapat 976 orang kehilangan tempat tinggal direkodkan dari Batu Pahat, Segamat dan Kota Tinggi.

Azmi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri menambah, Batu Pahat merupakan daerah paling teruk terjejas, dengan seramai 873 orang daripada 247 keluarga ditempatkan di enam PPS.

“Bagaimanapun, keadaan di Segamat bertambah baik dengan hanya 63 mangsa banjir daripada 20 keluarga ditempatkan di tiga PPS.

“Ini diikuti Kota Tinggi di mana seramai 41 mangsa banjir daripada enam keluarga ditempatkan di satu PPS sahaja,” katanya dalam satu kenyataan mengenai situasi banjir negeri hari ini.

Jabatan Kerja Raya juga menasihatkan pengguna jalan raya di Mersing iaitu Jalan Tanah Abang masih ditutup berikutan paras air yang semakin meningkat.

Jalan Sungai Tiram-Ulu Tebrau di Kulai kekal ditutup kepada semua kenderaan berikutan bahaya tanah runtuh.

Azmi berkata, Sungai Bekok di Batu Pahat hanyalah satu sungai di negeri ini yang airnya masih tinggi.

Sehingga jam 12.30 tengah hari ini, Sungai Batu Pahat di Empangan Bekok, Batu Pahat mencatat bacaan melebihi paras bahaya iaitu setinggi 18.76 meter (m), berbanding 14.50m paras normal.

Berita berkaitan
KWSP: Seorang pencarum berjalan dari Johor ke Istana Negara tuntut pengeluaran
March 29, 2023· Isu semasa
Banjir di Taiping, 60 mangsa banjir dipindah ke PPS
March 26, 2023· Isu semasa
Banjir Batu Pahat: Seramai 6,740 orang masih ditempatkan di PPS
March 21, 2023· Isu semasa
Mangsa banjir Batu Pahat menurun tinggal 13,872 di PPS
March 20, 2023· Isu semasa
Popular
Najib kekal dalam penjara, mahkamah tolak permohonan semakan semula
March 31, 2023
KWSP: Kenapa PH-BN gagal fahami kesusahan, keterdesakan rakyat?
March 30, 2023
Basikal lajak: Rayuan terakhir Sam Ke Ting, apa yang perlu diketahui
March 31, 2023
MB Kedah arah agensi negeri beri komitmen 100% acara Persekutuan
March 31, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Pertuduhan terhadap Ke Ting cacat, tak ikut undang-undang: Pembela
37 minit lalu · Isu semasa
Najib habis saluran undang-undang untuk rayuan, kata pendakwa raya
48 minit lalu · Isu semasa
Najib kekal dalam penjara, mahkamah tolak permohonan semakan semula
4 jam lalu · Isu semasa
Basikal lajak: Rayuan terakhir Sam Ke Ting, apa yang perlu diketahui
7 jam lalu · Isu semasa
Wan Saiful terus beri semangat kepada pencarum KWSP jalan kaki
7 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Machang tak buat laporan polis, dakwaan Jelutong berniat jahat
March 29, 2023
[VIDEO] Bantah bahasa Inggeris dalam RUU, Besut digantung tiga hari
March 29, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok