Bajet 2023 yang benar-benar peduli rakyat?

October 7, 2022 · Isu semasa

Pembentangan bajet sentiasa menjadi tumpuan rakyat setiap tahun namun Bajet 2023 pastinya lebih mencuri tumpuan kerana ia merupakan bajet terakhir sebelum Pilihan Raya Umum ke-15.

Fokus utama adalah memperkukuh momentum pemulihan ekonomi, meningkatkan daya tahan ekonomi dan melaksanakan pembaharuan komprehensif.

Bajet yang bakal dibentangkan kali ini memberi tekanan kepada kebajikan Keluarga Malaysia dan kesediaan negara berdepan kemungkinan krisis ekonomi global lebih mencabar.

Bajet adalah perkara biasa sama ada kepada kerajaan atau syarikat. Ia unjuran dan peruntukan perbelanjaan untuk tahun akan datang serta anggaran pendapatan yang akan diterima. Seperti juga bajet keluarga.

Gaji dan anggaran perbelanjaan isi rumah, hutang dan sebagainya.

Dua perkara utama yang akan menjadi perhatian. Sama ada bajet kali ini untuk memberi ‘gula-gula’ kepada rakyat ekoran Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Dalam pada itu, Pengerusi Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM), Abdul Halim Husin berkata, ini kerana Bajet 2023 perlu benar-benar fokus kepada membantu rakyat yang cukup terkesan disebabkan pandemik Covid-19.

“Moratorium Hutang Tanpa Faedah perlu diberikan ke atas semua jenis pinjaman termasuk kredit kecuali hutang kad kredit di bawah kawalan semua Kementerian bermula daripada 1 Oktober hingga 31 Disember 2022.

“Ini sekiranya jumlah hutang pokok keseluruhannya tidak lebih daripada RM1,000,000.00 termasuk mereka yang ada tunggakan melebihi 180 hari,” katanya.

Dalam pada itu, Abdul Halim berkata, pihaknya juga mencadangkan agar kerajaan mengurangkan kadar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Majikan untuk tempoh Januari-Disember 2023 sebagai langkah persediaan menghadapi keadaan kemelesetan ekonomi yang dijangka lebih buruk tahun depan.

Ujarnya, meskipun menyedari langkah itu akan mengurangkan simpanan caruman KWSP pekerja, pertimbangan wajar dibuat demi kelangsungan sektor pekerjaaan dan mengurangkan jumlah pengangguran.

“Sebab itu kita sebut pengurangan KWSP sepanjang 2023 sahaja. Cadangan ini mengambil kira aliran tunai pada masa depan kerana pada 2023 kita jangka akan berlaku cabaran hebat terhadap pekerjaan dan banyak perniagaan akan gulung tikar.

“Jadi kita perlu kurangkan perbelanjaan supaya perniagaan dapat terus bertahan. Apabila perniagaan stabil majikan tidak perlu buang pekerja dan pengangguran di Malaysia tidak meningkat,” katanya.

Pada masa sama, MTEM juga mahu kerajaan memberi perhatian terhadap perlindungan daripada kemuflisan dengan mencadangkan Pindaan Seksyen 5(1)a Akta Insolvensi menaikkan had RM100,000 kepada RM1,000,000 bagi tempoh 1 Januari 2020 hingga 31 Disember 2025.

Selain itu, turut dicadangkan agar dasar perolehan kerajaan diberikan untuk Bumiputera sebanyak 90 peratus manakala perolehan GLC sebanyak 50 peratus untuk Bumiputera daripada segi nilai dibawah kerangka Agenda Bumiputera Genuine dalam semua bidang.

MTEM juga mahu peruntukan untuk semua agensi pengupayaan Bumiputera seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA) ditambah 30 peratus khusus untuk pembangunan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) Bumiputera untuk Rancangan Malaysia Ke-12 dan 13.

Kerajaan juga dicadang memperuntuk RM200 juga bagi kempen-kempen nasional seperti “Belilah Barangan Malaysia’, ‘Buy Malaysian First’ dan ‘Buy Muslim First’ sebagai agenda pembangunan rantaian bekalan Bumiputera.

Berita berkaitan
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024· Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Kementerian nafi SKMM digunakan untuk sekat kebebasan media
November 27, 2023· Isu semasa
Popular
Minyak botol vs minyak peket
July 20, 2022
Wisma Putra sahkan Ebit Lew masih teruskan misi bantuan Palestin
June 12, 2021
Skandal LCS: TLDM kalah bertempur sejak awal, kata bekas panglima
August 15, 2022
KKM sahkan bantu WHO kaji tiga jenis ubat rawat Covid-19
August 13, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok