Awas! Kes Covid-19 di Melaka naik, dua varian Delta dikesan

November 18, 2021 · Isu semasa

Lapan negeri hari ini merekodkan peningkatan jangkitan Covid-19, dengan Lembah Klang, khususnya Selangor, kekal menjadi penyumbang jumlah tertinggi sebanyak 1,882 kes.

Selangor sahaja, walaupun kes dilaporkan turun, kekal mencatatkan jumlah tertinggi sebanyak 1,448 kes berbanding 1,615 kes semalam.

Sejak awal tahun lalu hingga hari ini, Lembah Klang merekodkan 940,217 kes positif dengan 908,176 pesakit disahkan sembuh, dan 12,316 lagi meninggal dunia.

Jumlah kes aktif di Lembah Klang sehingga semalam meningkat kepada 21,643 kes dengan 18,518 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 1,453 ditempatkan di PKRC; 1,546 dimasukkan ke hospital; dan 126 dirawat di unit rawatan rapi (ICU), termasuk 75 yang memerlukan alat bantuan pernafasan.

Lapan negeri yang mencatat peningkatan kes harian membabitkan Johor, Pahang, Pulau Pinang, Sarawak, Melaka, Perak, Negeri Sembilan dan Putrajaya.

Melaka yang menyaksikan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabtu ini merekodkan peningkatan daripada 137 jangkitan semalam kepada 307 kes hari ini.

Jumlah kes positif terkumpul di negeri itu sehingga kini sebanyak 68,591, dengan 65,736 pesakit disahkan sembuh.

Sehingga semalam, Melaka mencatat 1,781 kes aktif, termasuk 1,258 yang menjalani kuarantin di rumah; 372 ditempatkan di PKRC; 135 dimasukkan ke hospital; dan 16 dirawat di ICU dengan empat daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan. Negeri itu turut merekodkan 920 kes kematian.

Sementara itu, Johor merekodkan 566 kes baharu hari ini, meningkat berbanding 538 semalam diikuti Pahang (425 kes baharu, 377 semalam); dan Pulau Pinang (327 kes baharu, 221 semalam).

Jangkitan di Sarawak pula meningkat lagi kepada 311 kes hari ini, berbanding 300 semalam, diikuti Perak (304 kes baharu, 243 semalam); Negeri Sembilan (239 kes baharu, 244 semalam); dan Putrajaya (35 kes baharu, 28 semalam).

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sembilan kluster baharu dikesan dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi menjadikan keseluruhannya 5,867 kluster dengan 5,621 telah ditamatkan dan 246 masih aktif.

Beliau juga memaklumkan Fakulti Perubatan Universiti Malaya dan Institut Biologi Molekul Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, mengenal pasti 88 kes baharu varian Delta di 10 negeri hari ini.

Sembilan belas daripadanya dikesan di Selangor; Perak (17); Negeri Sembilan (13); Johor (sembilan); Kelantan (lapan); Kedah (tujuh); Terengganu (enam); Perlis (empat); Kuala Lumpur (tiga); dan Melaka (dua).

“Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai Variant of Concern (VOC) dan Variant of Interest (VOI) adalah sebanyak 3,918 kes.

“Daripada jumlah yang dikesan tersebut, 3,898 kes adalah VOC manakala 20 kes adalah VOI,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Secara keseluruhan, katanya, sehingga kini, bagi VOC terdapat sebanyak 3,658 kes varian Delta; varian Beta (226); varian Alpha (14 kes).

Manakala bagi kes-kes VOI, terdapat sebanyak 13 kes varian Theta; empat kes varian Kappa; dan tiga kes varian Eta.

Dr Noor Hisham juga memaklumkan dalam tempoh 24 jam itu seramai 5,760 pesakit disahkan sembuh menjadikan kumulatif 2,472,283 kes atau 96.2 peratus daripada 2,569,533 kes positif.

Seramai 541 pesakit kini dirawat di ICU dengan 263 memerlukan alat bantuan pernafasan.

Daripada 6,380 jangkitan harian yang dilaporkan hari ini, 98 kes atau 1.5 peratus adalah pesakit kategori 3, 4, dan 5; dan 6,282 kes (98.5 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Katanya daripada jumlah jangkitan baharu itu juga, 6,352 melibatkan penularan tempatan, termasuk 263 yang membabitkan bukan warganegara, dan 28 kes import dengan sembilan bukan warganegara positif Covid-19.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Helikopter terhempas di Bidor, juruterbang terbunuh: Polis
September 12, 2022
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok