ASNB umum agihan pendapatan lima sen seunit ASB

December 23, 2021 · Isu semasa

Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) mengumumkan jumlah pengagihan pendapatan sebanyak lima sen seunit untuk dana utamanya, Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021.

Pembayaran melibatkan RM8.9 bilion itu merangkumi pengagihan pendapatan 4.25 sen seunit dan bonus 0.75 sen seunit yang memanfaatkan 10.4 juta pemegang unit, sekali gus menjadikan jumlah pengagihan pendapatan terkumpul dan bonus ASB berjumlah RM168.5 bilion sejak ia diperkenalkan pada 1990.

Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Bhd (PNB), Tun Arifin Zakaria berkata prestasi ASB kekal kompetitif berbanding instrumen pelaburan berisiko rendah yang lain, dan usaha berterusan dalam strategi kepelbagaian dan pengukuhan portfolio telah membuahkan hasil positif.

“Prestasi pelaburan ekuiti global yang lebih kukuh telah berjaya mengurangkan kesan pasaran domestik yang mencabar. Ini menunjukkan betapa pentingnya strategi kepelbagaian dalam mengurus risiko portfolio untuk menjana pulangan yang mampan,” katanya semasa majlis pengumuman dividen ASB yang diadakan secara maya hari ini.

Memetik Bernama, Arifin berkata ASB mencatatkan prestasi positif di sebalik keadaan pasaran kewangan yang tidak menentu, serta kemunculan varian baharu Covid-19 dan peningkatan kes baharu sepanjang tahun yang memperlahankan pemulihan ekonomi global.

FBM KLCI merosot 7.80 peratus setakat 22 Disember 2021, manakala indeks utama global menunjukkan prestasi lebih baik dengan S&P 500 dan FTSE 100 masing-masing mencatatkan pulangan sebanyak 26.3 peratus dan 11.2 peratus.

“Pengagihan pendapatan ASB pada tahun ini kekal kompetitif hasil usaha dan dedikasi pasukan pelaburan kami. Kadar pengagihan pendapatan sebanyak lima sen seunit ini adalah 315 mata asas lebih tinggi berbanding Deposit Tetap 12-bulan yang kadar semasanya ialah 1.85 peratus,” kata Arifin.

Beliau berkata jumlah akaun ASB bertambah sebanyak hampir 200,000 kepada 10.4 juta, manakala unit dalam edaran meningkat sebanyak 7.4 bilion atau 4.3 peratus kepada 181.2 bilion unit.

Sementara itu, Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Ahmad Zulqarnain Onn berkata, PNB berbesar hati dengan bilangan rakyat Malaysia yang melabur dengan PNB dan jumlah pelaburan yang terus meningkat meskipun dalam persekitaran yang mencabar.

“PNB telah menunjukkan daya tahan dalam mengharungi ketidaktentuan pada tahun ini dengan mencatatkan prestasi kewangan yang membanggakan. Untuk 11 bulan pertama tahun ini, jumlah Aset di Bawah Pengurusan (AUM) PNB telah meningkat 4.9 peratus kepada RM338.4 bilion, mencerminkan kepercayaan berterusan oleh pemegang unit,” katanya.

Dalam usaha memperkukuh strategi Fokus 4 pada tahun ini, beliau berkata PNB telah mencapai kemajuan ketara dalam tiga bidang tumpuan iaitu mencipta nilai dalam prestasi portfolio domestiknya, meneruskan usaha kepelbagaian di pasaran global menerusi kelas aset yang berbeza dan mempercepatkan peningkatan perkhidmatan melalui pendigitalan.

Urus niaga ASB ditangguhkan bermula hari ini sehingga 2 Januari 2022 untuk urusan pengagihan dividen dan akan disambung semula pada 3 Januari 2022.

Berita berkaitan
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024· Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024· Isu semasa
Pegangan saham Khazanah RM530.28 juta dalam TNB dilupuskan
October 20, 2023· Isu semasa
Selepas dikritik PN, 33 peratus saham Boustead Plantations tak jadi dijual
October 5, 2023· Isu semasa
Popular
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024
Helikopter terhempas di Bidor, juruterbang terbunuh: Polis
September 12, 2022
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok