Armada akan lapor polis maklumat siasatan SPRM hakim Nazlan bocor

April 11, 2023 · Isu semasa

Armada Nasional – sayap Anak Muda Bersatu Malaysia – akan membuat laporan polis terhadap kebocoran maklumat siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali, esok (12 April 2023).

Menurut jemputan rasmi media diedarkan Armada hari ini, laporan polis itu akan dibuat sendiri Ketua Armada yang juga Ahli Parlimen Perikatan Nasional Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, pagi esok.

“Armada Bersatu yang diketuai oleh Ketua Armada Nasional merangkap Ahli Parlimen Machang, YB Wan Fayhsal akan membuat laporan berkenaan dengan pembocoran maklumat siasatan oleh SPRM berhubung kes siasatan Hakim Nazlan.

“Laporan juga dibuat kerana kaitannya (maklumat siasatan) dengan permohonan pengampunan diraja oleh Datuk Seri Najib Razak. Laporan akan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur,” kata kenyataan itu.

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) kerajaan Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN), Datuk Seri Azalina Othman Said, menghantar surat bertarikh 20 Mac kepada Shafee & Co iaitu firma guaman yang mewakili Najib, bagi menjawab pertanyaan berkaitan siasatan SPRM.

Menurut surat yang bocor itu, SPRM merumuskan Mohd Nazlan yang mengendalikan kes SRC International dan menjatuhkan hukuman penjara serta denda terhadap Najib, telah melanggar Kod Etika Hakim dan mempunyai konflik kepentingan.

Susulan rumusan itu, pelbagai pihak, termasuk pengamal undang-undang berpendapat SPRM telah melanggar bidang kuasanya apabila menyiasat etika kehakiman.

Seorang peguam berpengalaman, Rafique Rashid berkata Akta Jawatankuasa Etika Hakim 2010 jelas menunjukkan kuasa penuh terletak pada Ketua Hakim Negara sebagai Ketua Jawatankuasa.

Persatuan Undang-Undang Sabah (SLS) juga mempertikai isu sama apabila mengatakan SPRM tidak mempunyai kuasa untuk membuat kesimpulan bahawa Nazlan mempunyai konflik kepentingan atau telah melanggar Kod Etika Hakim 2009.

Pada masa sama, SLS – sekutu Majlis Peguam malaysia – turut menggesa SPRM supaya lebih menghormati pengasingan kuasa dan hanya menjalankan tugas mereka untuk melakukan siasatan.

Presiden SLS, Roger Chin melahirkan kebimbangan terhadap kes Mohd Nazlan kerana kuasa SPRM hanya untuk siasatan rasuah.

Rumusan siasatan SPRM itu juga akan digunakan oleh pasukan undang-undang Najib untuk memperkukuhkan permohonan pengampunan buat bekas Perdana Menteri itu.

Pasukan peguam bela Najib juga akan menggunakan keputusan 4-1 Mahkamah Persekutuan ketika menolak permohonan untuk menyemak semula sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda yang dikenakan terhadap bekas Presiden UMNO itu.

Bagaimanapun, Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Abdul Rahman Sebli yang mempengerusikan panel lima hakim Mahkamah Persekutuan yang membuat keputusan 4-1 itu berbeza pendirian dengan anggota panel lain.

Untuk rekod, dalam kes SRC International itu, 14 hakim telah mempertimbangkan kes Najib, dan 13 daripadanya telah menjatuhkan penghakiman yang munasabah yang menyokong sabitan hukuman terhadapnya.

Bukan kuasa SPRM siasat hakim langgar etika, kata peguam Sabah

Berita berkaitan
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024· Politik
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Isu LGBT dalam kalangan agamawan rosakkan imej Islam
September 25, 2022
Tuduhan bodoh kata saya bocor rahsia, MB Kedah cerita apa berlaku
April 2, 2023
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
3 jam lalu · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
3 jam lalu · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok