Anak saudara dan bekas staf MP PKR didakwa atas pertuduhan rasuah

January 24, 2022 · Isu semasa

Anak saudara kepada Ahli Parlimen Sungai Buloh, R. Sivarasa dan bekas pekerjanya dihadapkan atas tiga pertuduhan rasuah berhubung kemasukan pekerja asing, lima tahun lalu.

Kedua-dua individu R. Naveen Kularasa, 50, yang juga pembantu peribadi Sivarasa dan pemandu van Nico Kam Joo Hoe, 24 didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini.

Mereka bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi, menurut laporan Utusan Malaysia.

Mengikut pertuduhan pertama, mereka didakwa bersama-sama secara rasuah meminta wang tunai RM55,000 bagi diri mereka daripada Mono Miah Siddikur Rahman yang merupakan lelaki warga Bangladesh.

Ia sebagai dorongan kononnya untuk tidak melaporkan kepada pihak Imigresen berkaitan Syarikat Dyna Maintainance Services Sdn. Bhd. milik individu itu yang dikatakan telah membawa masuk pekerja asing dengan menggunakan kelayakan profesional untuk kerja-kerja buruh.

Pertuduhan kedua dan ketiga, Naveen dan Nico didakwa dengan niat bersama-sama iaitu secara rasuah bersetuju menerima wang tunai RM45,000 dan RM20,000 bagi diri mereka daripada pemilik syarikat sama melalui tertuduh kedua (Nico) berhubung perkara sama.

Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di dua buah restoran di Cheras dan sekitar Kuala Lumpur antara 17 hingga 21 September 2017.

Bagi kedua-dua pertuduhan itu, kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama.

Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah nilai suapan atau denda RM10,000 atau mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Dalam prosiding hari ini, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Noralis Mat Rasyidah Azmi Kalai dan peguam M.Puravalen mewakili Naveen manakala Nico tidak diwakili peguam.

Ketika prosiding, Nico bahawa dia datang ke mahkamah dengan menggadai barang kemas milik ibunya dan hanya mempunyai RM1,500.

“Ibu saya hadir sebagai penjamin,” kata Nico.

Mahkamah kemudian membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin masing-masing RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 24 Februari ini untuk sebutan kes.

Berita berkaitan
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024· Isu semasa
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024· Politik
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024· Politik
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Radzi arah KSU lapor SPRM dakwaan Zaharin
October 17, 2022
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok