Jabatan Meteorologi (METMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca buruk tahap jingga di sembilan daerah di Kelantan dan Terengganu, esok.
Amaran itu membabitkan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai di Kelantan.
Amaran sama turut dikeluarkan bagi Besut, Setiu, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu.
“Amaran Cuaca Waspada (peringkat kuning) pula membabitkan Gua Musang di Kelantan dan empat kawasan di Terengganu iaitu Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman.
“Amaran sama yang dijangka berterusan sehingga esok itu turut melanda daerah Kuantan, Pekan dan Rompin di Pahang serta Mersing di Johor,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Hari ini, Pasir Putih di Kelantan dan Setiu Terengganu dilanda banjir susulan hujan berterusan sejak semalam.
MetMalaysia juga meramal hujan berterusan dengan Amaran Cuaca Waspada (peringkat kuning) di lapan daerah di Sarawak.
Katanya, ia membabitkan daerah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu dan Mukah.
“Hujan berterusan dijangka berlaku di lapan daerah itu bermula 5 hingga 7 Disember ini,” katanya.