Amanah di sisi Allah jadi keutamaan bukan jawatan: Muhyiddin

November 26, 2021 · Isu semasa

Jawatan dan kuasa bukanlah segala-galanya kerana apa yang lebih penting adalah melaksanakan amanah serta tanggungjawab di sisi Allah, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Mantan Perdana Menteri itu berkata prinsip yang dipegangnya menegakkan ‘amar ma’ruf nahi mungkar’ sebagaimana dianjurkan Islam walaupun menyedari ia mungkin memberi kesan ke atas pangkat dan kedudukannya.

“Prinsip saya seperti dianjurkan agama Islam ialah ‘amar ma’ruf nahi mungkar’. Jika kita lihat suatu kemungkaran berlaku, maka menjadi kewajipan mencegahnya dengan niat untuk memperbetulkan keadaan walaupun ia mungkin mempunyai kesan ke atas pangkat dan kedudukan kita.

“Bagi saya, itu tidak mengapa. Yang penting ialah kita melaksanakan amanah dan tanggungjawab kita di sisi Allah. Itu yang paling utama dan kita sebagai hambanya hendaklah sentiasa reda dengan ketentuan-Nya,” katanya.

Muhyiddin terdahulu melancarkan sebuah buku berjudul ‘Abah, Teguh Kita Bersama’ yang disempurnakan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon hari ini.

Katanya lagi yang juga Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) lagi, semua dugaan dan cabaran itu itu perlu dihadapi atas kesedaran kehidupan manusia di dunia hanya sementara dan apa yang penting ialah mesti melakukan perkara yang betul sebagaimana diperintahkan Allah.

Buku ‘Abah, Teguh Kita Bersama’ mengandungi 370 foto kronologi, perjalanan hidup dan strategi Muhyiddin dalam karier politiknya yang mencecah 50 tahun.

Ia diterbitkan dengan kerjasama Pertubuhan Gagasan Minda Merdeka, Ummah Aid Foundation dan Zumail Global Sdn Bhd.

Sementara itu, Muhyiddin berkata, mungkin ditakdirkan Allah atas sebab prinsip perjuangan ditegakkan bersama rakan seperjuangan, beliau diberikan amanah lebih besar memimpin negara pada waktu pandemik Covid-19.

Katanya, tanggungjawab itu amat besar kerana perlu mengemudi negara dalam waktu yang paling sukar apabila meletusnya krisis yang mengancam nyawa dan kehidupan rakyat pada skala besar dan berlarutan untuk suatu tempoh panjang.

“Kalau boleh saya katakan, menjadi Perdana Menteri dalam tempoh pandemik itu suatu episod paling sukar dalam sejarah politik saya. Bukan sahaja saya berhadapan dengan krisis kesihatan dan ekonomi yang perlu ditangani dengan cermat, malah tekanan politik dari pelbagai sudut.

“Apapun, saya dan rakan dalam Kabinet pada waktu itu cuba melakukan terbaik dengan memberikan keutamaan kepada usaha untuk menyelamatkan nyawa rakyat dan melindungi kehidupan mereka,” katanya.

Mengulas panggilan ‘Abah’ kepadanya, Muhyiddin menjelaskan hati beliau amat tersentuh dan dapat merasakan gelaran itu bukan dibuat-buat orang ramai tetapi terbit dari hati nurani mereka yang jujur dan ikhlas.

“Mungkin apa yang saya lakukan sepanjang berkhidmat sebagai Perdana Menteri, walaupun hanya untuk suatu tempoh singkat, mempunyai kesan agak mendalam kepada kehidupan rakyat.

“Mereka nampaknya menghargai apa yang saya dan kerajaan pimpinan saya lakukan untuk melindungi nyawa dan kehidupan mereka. Kerana itulah agaknya mereka memanggil saya ‘Abah’,” katanya.

Berita berkaitan
Ideologi yang berbeza,hala tuju yang tidak jelas Kerajaan Perpaduan
January 1, 2024· Rencana
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Kit Siang bangkitkan isu PM bukan Melayu, tapi Puad pula bidas PN
December 17, 2023· Politik
PM bukan Melayu, UMNO akan terpaksa ikut tuntutan DAP: Muhyiddin
December 16, 2023· Politik
Popular
KKM sahkan bantu WHO kaji tiga jenis ubat rawat Covid-19
August 13, 2021
Skandal LCS: TLDM kalah bertempur sejak awal, kata bekas panglima
August 15, 2022
Dr. Sheikh Muszaphar kongsi cara didik anak
October 5, 2021
Usahawan PMKS, pekerja sokong syor Muhyiddin mudahkan bantuan
October 23, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok