Alphard potong garis berkembar mungkin masuk Dewan Rakyat hari ini

September 28, 2021 · Isu semasa

Sidang Dewan Rakyat hari ini dijangka membincangkan statistik kemalangan jalan raya, termasuk kesalahan pemanduan melawan arus serta langkah dilaksanakan kerajaan untuk membendungnya.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat persidangan Dewan Rakyat, perkara itu terkandung ketika sesi Pertanyaan Menteri yang akan diajukan Syed Ibrahim Syed Noh (PH-Ledang) kepada Menteri Pengangkutan.

Menteri Pengangkutan juga dijangka berdepan soalan tambahan berkaitan tindakan pemandu sebuah Toyota Alphard yang dikatakan membawa timbalan menteri, memotong kenderaan lain di garisan berkembar, kelmarin.

Klip video kejadian tersebut tular di media sosial sejak semalam, dan polis trafik Kelantan dilaporkan telah membuka kertas siasatan berkaitan kes itu.

Turut terkandung dalam sesi sidang hari ini ialah soalan Anthony Loke (PH-Seremban) kepada Menteri Kewangan mengenai kesediaan kerajaan untuk mengkaji semula dasar ekuiti untuk syarikat penghantar fret yang sedang beroperasi memandangkan syarat ekuiti sedia ada sukar untuk dilaksanakan.

Selain itu, isu pematuhan Akta Standard Minimum Perumahan dan Pekerja (Akta 446) susulan pengesanan kluster Covid-19 yang tinggi melibatkan sektor pembuatan dan pembinaan akan dibangkitkan Dr Ong Kian Ming (PH-Bangi) kepada Menteri Sumber Manusia.

Tumpuan juga dijangka terarah kepada soalan Datuk Dr Xavier Jayakumar untuk Menteri Kesihatan berhubung langkah kerajaan bagi mengatasi masalah kekurangan pakar perubatan di hospital kerajaan, selain tindakan menyerap pakar perubatan kontrak ke jawatan tetap.

Turut dibangkitkan isu kemiskinan melibatkan Orang Asli dan usaha kerajaan untuk meningkatkan taraf hidup mereka yang akan diajukan Datuk Ahmad Nazlan Idris (BN-Jerantut) kepada Menteri Pembangunan Luar Bandar.

Usai sesi itu, bacaan kali pertama Rang Undang-Undang Langkah-Langkah Sementara bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus 2019 (Covid-19) (Pindaan) 2021 dijangka dikemukakan Menteri Kewangan.

Persidangan Parlimen kemudian diteruskan dengan sesi perbahasan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, semalam.

Mesyuarat Penggal Keempat Parlimen ke-14 adalah sidang Parlimen akan berlangsung selama 17 hari hingga 12 Oktober ini.

Berita berkaitan
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024· Isu semasa
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024· Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Popular
Bekas ketua hakim negara cemas di kandang saksi, lapor Bernama
April 12, 2021
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Usahawan PMKS, pekerja sokong syor Muhyiddin mudahkan bantuan
October 23, 2022
Benar ke Najib kontak rapat Covid-19, tapi kereta berderet depan rumah
December 7, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok