Aktiviti berkumpul ramai punca kes naik, bukan rentas negeri

September 23, 2021 · Isu semasa

Tanggapan pergerakan rentas negeri menjadi punca kes Covid-19 meningkat disangkal Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang berkata sekiranya imunisasi mencapai 90 peratus dijangka tidak mengundang gelombang peningkatan tersebut.

Bagaimanapun, Khairy berkata aktiviti perkumpulan atau perhimpunan dikalangan orang ramai yang pulang ke kampung halaman masing-masing boleh mengakibatkan penularan jangkitan Covid-19 dan akan meningkatkan lonjakan kes.

“Cuma, saya ingin tegaskan bahawa pergerakan rentas negeri saja tidak akan sebabkan peningkatan kes, tetapi ‘congregation’ (pengumpulan) yang mencetuskan penularan jangkitan.

“Justeru, pergerakan rentas negeri bukan isu sangat,” katanya pada sesi penggulungan di Dewan Rakyat hari ini.

Dalam penggulungan tersebut juga, Khairy tidak menolak 90 peratus orang dewasa yang menerima vaksin ketika ini berkemungkinan mewakili kira-kira 60 peratus keseluruhan rakyat Malaysia, justeru kerajaan akan meluaskan liputan pemberian vaksin kepada golongan remaja ketika ini.

“Betul, kalau dikira, 90 peratus liputan imunisasi dalam kalangan dewasa berkemungkinan mewakili sekitar 60 peratus saja jika dibandingkan dengan keseluruhan penduduk di Malaysia.

“Tetapi, kadar liputan imunisasi akan meningkat, susulan pemberian vaksin kepada golongan remaja yang giat dijalankan di seluruh negara ketika ini,” terang beliau.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata rakyat akan dibenarkan merentas negeri apabila negara mencapai 90 peratus kadar vaksinasi dewasa berdasarkan data dan analisis yang dibuat Kementerian Kesihatan (KKM).

Jelasnya, perkara itu diputuskan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik.

Selain itu, beliau memaklumkan, kerajaan turut membenarkan pembukaan pusat pelancongan, pulau atau kawasan pelancongan apabila mencapai kadar vaksinasi berkenaan.

“Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik hari ini bersetuju membenarkan pembukaan pusat-pusat pelancongan, pulau-pulau atau kawasan pelancongan berserta aktiviti rentas negeri dengan syarat mencapai 90 peratus kadar vaksinasi dewasa berdasarkan data dan analisis yang telah dibuat oleh KKM,” katanya.

Selepas kira-kira lapan bulan pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Malaysia kini berjaya mencapai kadar 80 peratus daripada penduduk dewasa lengkap menerima vaksin Covid-19.

Berita berkaitan
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024· Isu semasa
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Popular
Pelajar sekolah balik cuti raya Cina tak dibenar pulang ke asrama
February 5, 2022
Kilang pemasangan Porsche pertama Malaysia dilancar di Kedah
March 28, 2022
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Kos sara hidup tinggi: Pelajar IPT terpaksa tangguh pengajian
September 30, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok