Aktifkan 2FA elak media sosial peribadi digodam, diambil alih

August 12, 2022 · Isu semasa

Orang ramai sekali lagi diseru supaya mengaktifkan penyahihan dua-faktor (2FA) bagi setiap akaun media sosial dan aplikasi pemesejan bagi mengelak daripada menjadi mangsa pengambilalihan akaun untuk tujuan penipuan yang semakin meningkat.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) menerusi kenyataan malam tadi turut menasihati orang ramai agar tidak berkongsi sebarang kod pengesahan bagi mengelakkan risiko akses oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Menurut MCMC, pengambilalihan akaun aplikasi pemesejan berlaku melalui taktik penyamaran dan pemerdayaan mangsa supaya menyerahkan kod pengesahan atau kod keselamatan 4 digit, 5 digit atau 6 digit yang dihantar oleh penyedia platform aplikasi pemesejan sama ada melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), e-mel atau tetapan lain yang dipilih oleh pengguna.

“Antara helah dan modus operandi yang sering digunakan pelaku termasuk menyamar sebagai pihak berkuasa yang menggunakan akaun pemesejan palsu dan menggunakan elemen ugutan atau pemerasan bagi mendapatkan kod pengesahan.

“Menyamar sebagai rakan atau ahli keluarga dengan menggunakan akaun pemesejan yang telah diambil alih, seterusnya merayu mangsa menyerahkan kod pengesahan dengan mendakwa ia milik mereka dan pihak penyedia platform aplikasi pemesejan telah tersalah menghantar kod kepada mangsa,” menurut kenyataan itu.

Selain itu, pelaku menyamar sebagai pihak berkuasa dan memaklumkan mangsa dipilih menjadi sebahagian daripada ahli kumpulan rahsia yang diwujudkan oleh kerajaan.

“Mangsa seterusnya diarahkan untuk berkongsikan kod pengesahan yang dihantar melalui aplikasi pemesejan atau SMS bagi mendapatkan akses ke dalam kumpulan rahsia tersebut,” menurut MCMC.

Pelaku juga akan memancing data dengan menghubungi mangsa sama ada melalui aplikasi pemesejan atau di ruangan pesanan media sosial dengan menyamar sebagai wakil kepada penyedia platform aplikasi pemesejan.

“… seterusnya pelaku memaklumkan bahawa mangsa telah melakukan pelanggaran privasi atau hak cipta sebelum diarah untuk klik pada pautan yang diberikan bagi tujuan pembetulan,” menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, orang ramai diingatkan agar sentiasa berwaspada dengan tidak berkongsi kod pengesahan kepada mana-mana pihak termasuk individu yang dikenali selain tidak klik kepada sebarang pelokasi sumber seragam (URL) atau pautan mencurigakan,” katanya.

Pengguna yang menjadi mangsa boleh membuat aduan secara terus kepada pihak pengendali platform atau di https://aduan.skmm.gov.my/. – Bernama

Berita berkaitan
Ditipu pelaburan mata wang kripto, pesara rugi RM4.4 juta
September 14, 2023· Isu semasa
Akan ada latihan pengundi BN untuk mengundi PH dalam dua PRK: Zahid
August 27, 2023· Politik
Hamzah sahkan akaun peribadi dan isteri dibekukan, dakwa bermotif politik
August 24, 2023· Politik
Lebih RM1 juta masuk akaun Rosmah antara 2014-2017: Saksi
August 24, 2023· Isu semasa
Popular
Ribuan peniaga diramal gulung tikar ekoran kenaikan harga bahan mentah: Laporan
September 20, 2023
Ringgit dibuka menghampiri RM4.70 berbanding dolar
September 22, 2023
Kes bunuh tiga warga Sri Lanka: Polis buru dua suspek
September 23, 2023
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kes bunuh tiga warga Sri Lanka: Polis buru dua suspek
3 jam lalu · Isu semasa
Peningkatan mangsa banjir di Sabah dan Perak
3 jam lalu · Isu semasa
Polis Perak rampas dadah RM1.5 juta, lima orang ditangkap
September 22, 2023 · Isu semasa
Ringgit dibuka menghampiri RM4.70 berbanding dolar
September 22, 2023 · Isu semasa
Banjir Perak: Jumlah mangsa dipindah meningkat pagi ini
September 22, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Dah bohong sini, dia bohong di New York
26 minit lalu
[VIDEO] Penamaan calon PRK Pelangai selesai, PN hadapi saingan 3 penjuru
15 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok