Akaun Telegram Menteri Luar digodam

August 9, 2022 · Isu semasa

Akaun Telegram milik Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah malam ini telah digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab, beberapa jam selepas perkara sama berlaku terhadap akaun Telegram peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Saifuddin yang memaklumkan perkara itu menerusi ciapan di Twitter berkata pihak yang menggodam akaunnya telah menyalahgunakan nama dan gambarnya melalui aplikasi itu, menurut laporan Bernama.

“Sesiapa yang menerima sebarang mesej daripada Telegram dinasihati abaikannya dan laporkan kepada pihak berkuasa,” menurut ciapan itu.

Petang tadi, Ismail Sabri memaklumkan bahawa akaun Telegram miliknya telah digodam oleh individu tidak bertanggungjawab, dan meminta orang ramai mengabaikan mesej daripada akaun berkenaan.

Berita berkaitan
Polis tahan lelaki buat ugutan terhadap Menteri Pendidikan
November 4, 2023· Politik
Dua lelaki ditahan berhubung kenyataan kritik PM dalam media sosial
October 28, 2023· Isu semasa
Akan ada latihan pengundi BN untuk mengundi PH dalam dua PRK: Zahid
August 27, 2023· Politik
Ismail Sabri pertikai akta baharu 3R, dibimbangi ikat kebebasan bersuara
August 5, 2023· Isu semasa
Popular
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
MB Perlis cerai isteri talak satu
August 25, 2022
PN akan terus desak caruman KWSP bersasar dibenarkan
March 16, 2023
Benar ke Najib kontak rapat Covid-19, tapi kereta berderet depan rumah
December 7, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok